Wednesday, 30 July 2014,   01 Shawwal 1435H

LogoBSN 2009.jpg

NOTIS

PEMBAYARAN DIVIDEN

SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) EDISI KHAS

 

Para Pelanggan Yang Dihormati,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah membuat pembayaran Dividen SSP Edisi Khas bermula pada 12 April 2012. Oleh itu pemegangan SSP Edisi Khas boleh mendapatkan dividen mereka pada tarikh matang. Pembayaran pada tempoh matang ini merupakan satu nilai tambah kepada penyimpan SSP Edisi Khas.

 

Sekiranya tuan/puan ingin membuat penebusan tetapi telah melangkau tarikh matang maka pihak BSN akan membayar dividen berdasarkan bilangan hari yang telah dilaburkan bermula dari tarikh matang sehingga tarikh tebus.

 

Walau bagaimanapun kadar dividen yang diberikan adalah berdasarkan kadar dividen SSP biasa tertakluk julat pelaburan dan dibayar pada awal tahun depan. BSN juga menyediakan skim sandaran SSP yang mana pelanggan boleh mendapatkan kemudahan berikut:

 

a) Pembiayaan peribadi dengan kadar caj keuntungan serendah 3%

b) Kemudahan Kad Kredit.

 

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila berhubung dengan cawangan BSN yang terdekat atau menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-2142 5258 atau layari www.mybsn.com.my.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

KETUA EKSEKUTIF

BANK SIMPANAN NASIONAL