Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

BSN SERAH PAMPASAN INSURANS KEPADA WARIS AHLI BSN SMART JUNIOR

 

RAUB, 21 Julai, 2017 – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini telah menyerahkan pampasan insurans kepada keluarga Allahyarham Nurul Syakirah bt Mohamad Zul, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub, Pahang.

Penyerahan pampasan tersebut telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Mohd Raauf bin Haji Jali, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang kepada bapa Allahyarham, Encik Mohamad Zul bin Jantan. Turut mengiringi penyerahan tersebut adalah Encik Albhar bin Mohd Tahar, Pengarah Perniagaan Negeri BSN Pahang dan Encik Jailani bin Tasman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub, Pahang.

“BSN akan sentiasa memastikan kebajikan para pelanggannya terjamin melalui pelbagai faedah dan keistimewaan khusus untuk mereka. Sebagai contoh, sebagai ahli-ahli BSN Smart Junior (BSJ), mereka bukan sahaja berpeluang untuk menambah simpanan, menikmati diskaun hebat dan pelbagai aktiviti pendidikan yang menarik, malah turut akan dilindungi oleh Takaful Kemalangan Peribadi sebaik sahaja mereka mendaftarkan diri sebagai ahli. Allahyarham Nurul Syakirah adalah ahli BSJ dan telah menabung bermula dari tahun  2015 lagi. Kami berharap dengan penyerahan pampasan insurans ini akan dapat sedikit sebanyak membantu perbelanjaan harian bagi keluarga Allahyarham.”

Selain itu, BSN juga komited untuk mempelbagaikan saluran perkhidmatan bagi memastikan setiap pelanggannya menikmati akses perbankan yang berkualiti dan mudah.

 

- END -


Press Release