Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

BSN SERAH PAMPASAN INSURANS KEPADA WARIS AHLI BSN SMART JUNIOR

 

KUANTAN, 15 September, 2017 – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menyampaikan serahan pampasan insurans kepada keluarga Allahyarham Muhammad Hamizan bin Abdul Mutalib,  pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Serahan telah dilakukan kepada Puan Norliza binti Md Yusof, ibu Allahyarham oleh Tuan Hj. Mohd Razali bin Mustafar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan diiringi Encik Albhar bin Mohd Tahar, Pengarah Perniagaan Negeri BSN Pahang di Dewan SMK Beserah. Hadir sama di majlis berkenaan adalah Encik Mohammad Rosli bin Abdul Rahman, Pengetua SMK  Beserah.

Encik Albhar memaklumkan bahawa pemberian wang pampasan insurans ini merupakan salah satu manfaat yang disalurkan khusus untuk ahli-ahli BSN Smart Junir (BSJ) sebaik sahaja mereka mendaftarkan diri sebagai ahli.

“Allahyarham Muhammad Hamizan bin Abdul Mutalib merupakan ahli BSJ dan telah menabung bermula dari tahun 2014 lagi. BSN akan sentiasa memastikan kebajikan para pelanggannya terjamin melalui pelbagai faedah dan keistimewaan khusus untuk mereka seperti pemberian wang pampasan insurans ini”, ujar beliau.

Selain itu, BSN juga komited untuk mempelbagaikan saluran perkhidmatan bagi memastikan setiap pelanggannya menikmati akses perbankan yang berkualiti dan menyenangkan.

BSJ merupakan sebuah kelab simpanan yang ditubuhkan untuk memupuk tabiat menyimpan dan berjimat cermat di kalangan para pelajar dan remaja yang berumur 7 hingga 21 tahun. Ahli BSJ layak mendapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan antaranya menyertai aktiviti seperti kursus kepimpinan, seminar pendidikan dan perkhemahan yang dianjurkan oleh BSN. 

 

- END -


Press Release