Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

BSN LANTIK DATUK YUNOS
KETUA EKSEKUTIF BAHARU


KUALA LUMPUR, 9 Disember 2017 – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan YBhg Datuk Yunos Abd Ghani sebagai Ketua Eksekutif baharu untuk tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa 1 Disember 2017 hingga 30 November 2020.

YBhg Datuk Yunos Abd Ghani mempunyai pengalaman selama 30 tahun di dalam industri perbankan. Sepanjang tempoh tersebut, pengalaman beliau merangkumi pelbagai aspek operasi perbankan termasuk perbankan antarabangsa dan Islamik. Di BSN dan sebelum pelantikan beliau sebagai Ketua Eksekutif, YBhg Datuk Yunos memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Eksekutif, Sokongan Perniagaan.

Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Eastern Michigan University, USA pada tahun 1985 dan merupakan seorang ahli Asian Institute of Chartered Bankers (AICB).

“Berdasarkan kepada pengalaman luas beliau di dalam sektor perbankan dan dibantu pula oleh Pengurusan Kanan sedia ada, pihak Lembaga Pengarah yakin dan percaya bahawa beliau mampu memimpin BSN dan seterusnya dapat memperkemaskan struktur organisasi bagi mempertingkatkan strategi perniagaan agar penjanaan secara berterusan pendapatan yang mampan tercapai,” kata YBhg Tan Sri Abu Bakar bin Haji Abdullah, Pengerusi BSN.

“Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Datuk Adinan Maning di atas segala sumbangan yang diberikan dalam memacu kecemerlangan BSN sehingga menjadikan BSN disegani dan mampu bersaing dengan institusi perbankan lain,” ujar beliau lagi.

 

- END -


Press Release