Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

CABUTAN BSN SSP

BSN RAI PEMENANG CABUTAN BSN SSP 2017


Kuala Lumpur,  27Januari 2018 – BSN hari ini meraikan jutawan terakhir bagi kempen Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) 2017 iaitu “12 juta ringgit, 12 jutawan,  12 bulan” yang diadakan di Wisma BSN, Kuala Lumpur. Puan Rozaimah binti Ahmad dari Selangor telah memenangi RM1 juta melalui Cabutan Istimewa BSN SSP sekaligus mengakhiri pencarian jutawan ke-12 bagi kempen BSN SSP tahun 2017. 

Merupakan bekas jururawat, Puan Rozaimah telah turut sama tersenarai sebagai antara 12 orang penyimpan yang telah menjadi jutawan melalui Cabutan Istimewa BSN SSP.

Ibu kepada 3 orang anak ini mula menyimpan di BSN SSP sejak lebih 30 tahun yang lalu dan tidak pernah menyangka akan menjadi salah seorang pemenang utama bagi BSN SSP. Menurut beliau, kemenangan ini merupakan hadiah terbesar yang pernah dimenangi dan merupakan memori indah yang tidak akan beliau lupakan. 

Puan Rozaimah telah diraikan dalam majlis penyampaian hadiah berupa replika cek RM1 juta yang disampaikan oleh Encik Ahmad Noh Jeni, Naib Presidan Kanan/ Ketua, Operasi Perbankan BSN. 

Turut sama diraikan di majlis tersebut adalah pemenang Cabutan Bulanan BSN SSP iaitu Mageswary A/P Ramachandran dari Perak yang telah memenangi kereta Mercedes Benz GLC dan pemenang Cabutan Remaja BSN SSP – Kategori Khas iaitu Mohammad Aiman Iskandar Syah bin Hairee dari Selangor yang telah memenangi BSN SSP RM10,000. 

Ini merupakan peluang yang baik kepada orang ramai yang masih tidak mempunyai simpanan BSN SSP untuk berbuat demikian agar berpeluang memenangi lebih banyak ganjaran lumayan yang ditawarkan oleh BSN melalui BSN SSP. Kepada mereka yang sudah membuat simpanan pula, tambahlah simpanan anda dari semasa ke semasa bagi melayakkan anda menyertai cabutan-cabutan BSN SSP 2018. 

Sehingga Disember 2017, BSN SSP terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di mana sebanyak lebih 2.9 juta orang penyimpan dicatatkan di seluruh Malaysia dengan simpanan lebih RM3.28 bilion. 

Bagi meneruskan lagi kesinambungan kempen Cabutan BSN SSP tahun 2018, BSN telah meneruskan lagi pencarian jutawan untuk setiap bulan. Ini bermakna 12 orang penyimpan BSN SSP pada tahun ini bakal bergelar jutawan. Jadi apa anda tunggu lagi simpanlah di BSN SSP hari ini. 

Pada majlis sama, BSN turut mengumumkan pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP Januari 2018. Senarai para pemenang boleh disemak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

 

- END -


Press Release