Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

CABUTAN BSN SSP 2018

BSN Tawar Ganjaran Dengan Nilai Mencecah RM20 Juta


Kuala Lumpur, 24 Februari 2018 – BSN hari ini meneruskan lagi kesinambungan kempen cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) dengan menawarkan ganjaran lebih lumayan kepada para penyimpan dengan nilai mencecah RM20 juta. BSN melancarkan kempen “Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan” bagi BSN SSP 2018 yang memperkenalkan kembali Cabutan Tempatan BSN SSP dan cabutan terbaharu iaitu Cabutan Remaja Istimewa BSN SSP

Encik Kameel Abdul Halim, Ketua Pegawai Perniagaan BSN berkata “sebagai sebuah bank yang dimandatkan kerajaan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda untuk menyimpan, BSN telah dari semasa ke semasa memperkenalkan produk-produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan seperti BSN SSP. Sehingga Disember 2017, BSN SSP terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di mana sebanyak lebih 2.9 juta orang penyimpan dicatatkan di seluruh Malaysia dengan simpanan lebih RM3.28 bilion.” 

“Bagi tahun 2018, BSN memperkenalkan cabutan-cabutan baharu sebagai penghargaan khas untuk para penyimpan. Ini juga bermakna, lebih banyak peluang dan lebih banyak ganjaran yang boleh dinikmati oleh orang ramai di luar sana. Justeru, saya ingin menyeru orang ramai yang masih tidak mempunyai simpanan di BSN SSP untuk berbuat demikian. Kepada anda yang sudah membuat simpanan pula, tambahlah simpanan anda dari semasa ke semasa. Manalah tahu, simpanan anda hari ini dapat membantu anda menjadi salah seorang pemenang cabutan BSN SSP 2018,” tambah beliau lagi. 

Cabutan Tempatan diperkenalkan kembali pada tahun ini bagi memberi peluang kepada seorang pelanggan di setiap negeri memenangi ganjaran hebat seperti kereta Perodua Myvi 1.3L X bagi pemenang di Semenanjung Malaysia dan Toyota Hilux bagi pemenang di Sabah & Sarawak. Cabutan ini akan diadakan setiap (3) bulan sekali iaitu pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2018 serta terbuka kepada pelanggan berumur 12 tahun ke atas yang menyimpan BSN SSP dengan simpanan minimum RM10

Bagi Cabutan Remaja Istimewa pula, ia adalah cabutan tambahan yang diperkenalkan bagi menggalakkan tabiat menyimpan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Cabutan ini akan diadakan sekali sahaja iaitu pada bulan Mei 2018 di mana seramai 10 orang pemenang bakal menerima simpanan tunai dalam bentuk BSN SSP yang bernilai RM25,000. Ganjaran ini diharapkan dapat membantu membiayai perbelanjaan pendidikan mereka pada masa akan datang. Untuk menyertainya, penyimpan perlu mempunyai simpanan minimum RM1,000 dan ke atas serta mestilah berumur         12 tahun hingga 21 tahun. 

Para remaja juga berpeluang untuk menerima ganjaran hebat lain melalui Hadiah Utama dan Sagu Hati bagi Cabutan Remaja yang masih diteruskan pada tahun ini. Berbeza pada tahun lepas, seramai tiga (3) orang pemenang Hadiah Utama akan dipilih untuk menerima ganjaran simpanan tunai dalam bentuk BSN SSP berjumlah RM10,000 pada setiap bulan. Sementara itu, bagi pemenang Hadiah Sagu Hati pula, seramai tiga (3) orang pemenang bakal menerima ganjaran berupa telefon pintar iphone 8 setiap bulan. Para remaja yang ingin menyertai cabutan ini perlu membuat simpanan minimum RM1,000 untuk layak menyertai Cabutan Remaja BSN SSP Hadiah Utama dan RM50 untuk menyertai Cabutan Remaja BSN SSP Hadiah Sagu Hati. 

Pada tahun ini juga, BSN masih lagi meneruskan ganjaran BSN SSP RM1 juta kepada pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP pada setiap bulan. Sama seperti tahun sebelumnya, penyimpan perlu mempunyai simpanan minimum sebanyak RM3,000  ke atas untuk layak menyertai cabutan ini yang terbuka kepada penyimpan berumur 12 tahun ke atas

Selain ganjaran RM1 juta, para penyimpan juga bakal memandu pulang kereta mewah melalui Cabutan Bulanan BSN SSP iaitu BMW 318i atau BMW X5. Akan tetapi bagi bulan Januari sahaja, seramai lima (5) orang pemenang Cabutan Bulanan menerima ganjaran berupa sebuah kereta Perodua Myvi 1.3LX. Bagi menyertai cabutan ini, penyimpan perlu mempunyai simpanan minimum RM10 dan ke atas. Cabutan ini terbuka kepada penyimpan berumur 12 tahun ke atas

BSN turut mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP Januari 2018 bertempat di Auditorium, Wisma BSN, Jalan Ampang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Kameel Abdul Halim, Ketua Pegawai Perniagaan BSN, pengurusan BSN dan kakitangan BSN yang lain. 

Berikut adalah senarai pemenang BSN SSP Januari 2018

 Pemenang Cabutan BSN SSP Januari 2018 

  • Pemenang Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 juta)

- Nama           : Nur Malawati

- Negeri          : Selangor

 

  • Pemenang Cabutan Bulanan (Perodua Myvi 1.3L X)
    • Pertama

- Nama           : Nik Rosnah binti Wan Abdullah

- Negeri          : Kuala Lumpur

 

  • Kedua

- Nama           : Azlinda binti Alias

- Negeri          : Kuala Lumpur

 

  • Ketiga

- Nama           : Norela binti Md Rasip

- Negeri          : Kuala Lumpur

 

  • Keempat

- Nama           : Sukariah binti Md Jurin

- Negeri          : Kuala Lumpur

 

  • Kelima

- Nama           : Nor’ Aini binti Hassan

- Negeri          : Selangor

 

 

 

  • Pemenang Cabutan Remaja BSN SSP (Hadiah Utama - BSN SSP RM10,000)

 

  • Pertama

- Nama           : Nur Shafiqa Izwani binti Hussaini

- Negeri          : Selangor

 

  • Kedua

- Nama           : Amirul Azrai bin Che Azman

- Negeri          : Selangor

 

  • Ketiga

- Nama           : Muhammad Firdaus bin Mohd Liman

- Negeri          : Negeri Sembilan

 

  • Pemenang Cabutan Remaja BSN SSP (Hadiah Sagu Hati – iPhone 8) 
  • Pertama

- Nama           : Pavit Coran

- Umur            : 16 tahun

- Negeri          : Kelantan 

  • Kedua

- Nama           : Amirun Harraz bin Budizaman

- Umur            : 17 tahun

- Negeri          : Selangor 

  • Ketiga

- Nama           : Nur Azimah binti Zolkipli

- Umur            : 20 tahun

- Negeri          : Kelantan 

Pada majlis yang sama, BSN turut mengumumkan pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP bagi bulan Februari 2018. Senarai para pemenang boleh disemak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

 

- END -


Press Release