Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

CABUTAN KHAS BSN SSP PDRM

Peluang Anggota PDRM Menyimpan Sambil Menang Ganjaran Hebat

 

Kuala Lumpur, 28 Mac 2018 – BSN terus memperkasa BSN SSP dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila seramai 44 anggota polis dari pelbagai pangkat dan latar belakang dianugerahkan dengan BSN SSP di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ke atas komitmen dan sumbangan mereka kepada PDRM. Anugerah APC melalui BSN SSP telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun. 

Sempena sambutan Hari Polis yang ke-211, BSN juga telah memperkenalkan Cabutan Khas BSN SSP untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Kempen BSN SSP Hari Polis 2018. Naib Presiden Kanan/Ketua Operasi Perbankan BSN, Encik Ahmad Noh Jeni telah mengumumkan cabutan khas tersebut di majlis yang sama di MESS Pegawai Kanan, Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, semalam. 

Menariknya, kempen Cabutan Khas yang ditawarkan khusus kepada anggota PDRM ini menawarkan sebanyak 211 ganjaran hebat sempena ulang tahun PDRM ke-211. Antara ganjaran hebat yang boleh dimenangi adalah BSN SSP RM10,000 untuk dua (2) pemenang, BSN SSP RM5,000 untuk tiga (3) pemenang serta banyak lagi. Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah bernilai RM97,000.00. Kempen ini telah bermula pada 1 Februari 2018 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2018. Cabutan Khas BSN SSP untuk anggota PDRM pula akan diadakan pada bulan September 2018.      

“Saya menyeru kepada semua anggota PDRM untuk mengambil kesempatan ini dengan mula menyimpan di BSN SSP selain menambah simpanan anda dari semasa ke semasa. Ini kerana cabutan ini sememangnya kami adakan khas untuk anda anggota PDRM. Jadi gunakanlah kesempatan ini untuk anda membuat simpanan selain berpeluang memenangi pelbagai ganjaran hebat yang ditawarkan”, kata Encik Ahmad Noh Jeni, Naib Presiden Kanan/Ketua Operasi Perbankan BSN. 

“Selain tawaran ganjaran melalui Cabutan Khas PDRM ini, anda juga masih layak menyertai cabutan BSN SSP yang lain. Antaranya, Cabutan Bulanan yang menawarkan peluang untuk bergelar jutawan melalui Cabutan istimewa BSN SSP RM1 juta serta rangkaian hadiah menarik seperti kereta BMW 318i Luxury dan BMW X5 serta.  Jadi jangan tunggu lagi, simpan dan tambahlah simpanan BSN SSP anda hari ini”, ujar beliau lagi. 

Untuk mengetahui BSN SSP dengan lebih lanjut, layari www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

 

 

- END -


Press Release