Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

CABUTAN BSN SSP 2018

13 Pemenang Cabutan Tempatan Terima Hadiah Kereta


Kuala Lumpur, 31 Mac 2018 – BSN hari ini meneruskan lagi kesinambungan kempen cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) dengan menawarkan ganjaran lebih lumayan kepada para penyimpan dengan nilai keseluruhan mencecah RM20 juta. Penawaran hadiah yang lebih lumayan ini adalah sebagai penghargaan khas BSN terhadap para penyimpan setianya di samping untuk terus menggalakkan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda menyimpan. Bersempena dengan penambahan jumlah ganjaran ini juga, BSN turut memperkenalkan beberapa cabutan baharu; salah satunya adalah Cabutan Tempatan BSN SSP

Cabutan Tempatan BSN SSP sebenarnya telah pun diperkenalkan sebelum ini di mana ia telah memberi peluang kepada penyimpan BSN SSP di setiap negeri memenangi hadiah berupa sebuah kereta Perodua Axia. Pada tahun ini, bukan sahaja cabutan ini diperkenalkan semula, malah hadiahnya juga telah dipertingkatkan kepada Perodua baharu Myvi 1.3L X untuk pemenang semenanjung Malaysia atau Toyota Hilux untuk pemenang di Sabah & Sarawak. Pelanggan Cabutan Tempatan BSN SSP berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ini pada setiap (3) bulan sekali iaitu pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2018 serta terbuka kepada pelanggan berumur 12 tahun ke atas dengan simpanan minimum RM10. Terbaharu, 13 orang penyimpan BSN SSP telah terpilih menjadi pemenang Cabutan Tempatan BSN SSP bagi bulan Februari 2018

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

  1. Kuala Lumpur – Kho Ah Sung
  2. Johor – Rosminah bt Yasmi
  3. Kedah/Perlis - Loh Siew Cheng 
  1. Kelantan – Nurahan bt Maning
  2. Melaka – Abd. Talib bin Bachek
  3. Negeri Sembilan – Hasmah bt Saru
  4. Pahang – Fauzan Amir bin Md Fauzi
  5. Pulau Pinang – Ja’affar bin Maksud
  6. Perak – Ang Hong Keat
  7. Selangor – Rosmie bt Rahmat
  8. Terengganu – Siti Fatimah bt Mohd Nor
  9. Sabah - Tsen Siong Yee
  10. Sarawak – Chai Joon Sui 

 

Selain cabutan tempatan, BSN juga turut memperkenalkan Cabutan Remaja Istimewa sebagai cabutan terbaru pada tahun ini yang diperkenalkan bagi menggalakkan tabiat menyimpan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Cabutan ini akan diadakan sekali sahaja iaitu pada bulan Mei 2018 di mana seramai 10 orang pemenang bakal menerima simpanan tunai dalam bentuk BSN SSP yang bernilai RM25,000. Ganjaran ini diharapkan dapat membantu membiayai perbelanjaan pendidikan mereka pada masa akan datang. Untuk menyertainya, penyimpan perlu mempunyai simpanan minimum RM1,000 dan ke atas serta mestilah berumur 12 tahun hingga 21 tahun. 

Para remaja juga berpeluang untuk menerima ganjaran hebat lain melalui Hadiah Utama dan Sagu Hati bagi Cabutan Remaja yang masih diteruskan pada tahun ini. Seramai tiga (3) orang pemenang Hadiah Utama akan dipilih untuk menerima ganjaran simpanan tunai dalam bentuk BSN SSP berjumlah RM10,000 pada setiap bulan. Sementara itu, bagi pemenang Hadiah Sagu Hati pula, seramai tiga (3) orang pemenang bakal menerima ganjaran berupa telefon pintar iphone 8 setiap bulan. Para remaja yang ingin menyertai cabutan ini perlu membuat simpanan minimum RM1,000 untuk layak menyertai Cabutan Remaja BSN SSP Hadiah Utama dan RM50 untuk menyertai Cabutan Remaja BSN SSP Hadiah Sagu Hati.   

Pada tahun ini juga, BSN pencarian jutawan BSN SSP masih diteruskan melalui Cabutan Istimewa BSN SSP pada setiap bulan yang menawarkan ganjaran berupa simpanan tunai berjumlah RM1 juta. Sama seperti tahun sebelumnya, penyimpan perlu mempunyai simpanan minimum sebanyak RM3,000 ke atas untuk layak menyertai cabutan ini yang terbuka kepada penyimpan berumur 12 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, penyimpan perlulah mengekalkan jumlah BSN SSP minimum selama 90 hari untuk layak menyertai cabutan. 

Selain ganjaran RM1 juta, para penyimpan juga bakal memandu pulang kereta mewah melalui Cabutan Bulanan BSN SSP iaitu BMW 318i atau BMW X5. Bagi menyertai cabutan ini, penyimpan perlu berumur 12 tahun ke atas dan mempunyai simpanan minimum RM10 dan ke atas. 

BSN turut mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP Februari 2018 bertempat di Auditorium, Wisma BSN, Jalan Ampang. 

Berikut adalah senarai pemenang BSN SSP Februari 2018

 Pemenang Cabutan BSN SSP Februari 2018

 

  • Pemenang Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 juta)

- Nama           : Nor Azimi bin Ab. Samad

- Negeri          : Johor

 

  • Pemenang Cabutan Bulanan (BMW 318i)

- Nama           : Norizan bin Mohamed Said

- Negeri          : Melaka

 

  • Pemenang Cabutan Remaja BSN SSP (Hadiah Utama - BSN SSP RM10,000)

 

  • Pertama

- Nama           : Mugellarasu A/L Balakrishnan

- Negeri          : Pulau Pinang

 

  • Kedua

- Nama           : Pavit Coran

- Negeri          : Kelantan 

 

  • Ketiga

- Nama           : Zulhelmi bin Amran

- Negeri          : Negeri Sembilan

 

  • Pemenang Cabutan Remaja BSN SSP (Hadiah Sagu Hati – iPhone 8)
  • Pertama

- Nama           : Nur Ainul Hayat bt Abdul Raim

- Negeri          : Sabah

 

  • Kedua

- Nama           : Keshavani A/P Tanabalan

- Negeri          : Pulau Pinang

 

  • Ketiga

- Nama           : Muhamad Zahid bin Hamdan

- Negeri          : Kuala Lumpur

Pada majlis sama, BSN turut mengumumkan pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP bagi bulan Mac 2018. Senarai para pemenang boleh disemak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

 

 

- END -


Press Release