Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

BSN RAI PEMENANG CABUTAN BSN SSP MEI 2018

Ganjaran Lumayan Buat Penyimpan Sempena Hari Raya Aidilfitri


Kuala Lumpur, 30 Jun 2018 – BSN hari ini meraikan pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP bagi bulan Mei 2018 bertempat di Auditorium, Wisma BSN, Ampang, Kuala Lumpur. Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang adalah Encik Ahmad Noh Jeni, Naib Presiden Kanan/ Ketua Operasi Perbankan BSN. 

Berbeza seperti bulan-bulan sebelumnya, pada bulan ini BSN turut meraikan 10 orang pemenang Cabutan Remaja BSN SSP Hadiah Istimewa di mana setiap pemenang akan membawa pulang ganjaran bernilai RM25,000. Cabutan ini hanya diadakan sekali sahaja sepanjang tahun 2018 iaitu pada bulan Mei 2018 yang lalu. Untuk menyertainya, penyimpan BSN SSP perlulah berumur 12 tahun hingga  21 tahun dan mempunyai simpanan minimum RM1,000 dan ke atas. 

Berikut adalah senarai pemenang Cabutan Remaja Hadiah Istimewa:

  1. Yew Ze Neng - Kedah
  2. Noraazman b. Yusof - Pahang
  3. Muhammad Hafiz b. Mohd Jihadi – Pulau Pinang
  4. Nisa Syahirah bt. Nor Azizan – Kuala Lumpur
  5. Muhammad Syafiq b. Mat Salim – Kedah
  6. Mohamad Syafiq b. Mohd Rosdi - Perak
  7. Kung Mee Yii - Sarawak
  8. Odelia Ng Shii Bin - Sarawak
  9. Kishendren A/L Sivananda Ratnam – Kuala Lumpur
  10. Chee Hang Fung – Perak  

 

Selain meraikan pemenang Cabutan Remaja BSN SSP Hadiah Istimewa, BSN juga turut meraikan pemenang Cabutan Tempatan BSN SSP untuk kali kedua (2) selepas bulan Februari yang lalu. Seperti Cabutan Remaja BSN SSP Hadiah Istimewa, Cabutan Tempatan BSN SSP juga adalah unik di mana ia hanya dilakukan setiap tiga (3) bulan sekali iaitu pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November. Cabutan tempatan ini diperkenalkan semula pada tahun ini bagi memberi peluang kepada penyimpan BSN SSP di setiap negeri memenangi hadiah berupa sebuah kereta                    Perodua baharu Myvi 1.3L X untuk pemenang semenanjung Malaysia atau Toyota Hilux untuk pemenang di Sabah & Sarawak. Pelanggan BSN SSP yang ingin menyertai cabutan ini mestilah berumur 12 tahun ke atas dan mempunyai simpanan minimum sebanyak RM10. Pada bulan Mei 2018 yang lalu, Puan Noor Asiah bt. Abdul Kamal telah memenangi Cabutan Tempatan BSN SSP bagi Kuala Lumpur.  

BSN juga turut meraikan pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP Bulan Mei 2018 yang lain seperti Encik Ismail b. Din dari Pulau Pinang yang telah memenangi Cabutan Istimewa BSN berupa simpanan tunai BSN SSP RM1 juta manakala  Encik Hassan b. Mohamed dari Pahang telah memenangi Cabutan Bulanan BSN SSP berupa kereta mewah BMW 318i. 

Sementara itu bagi Cabutan Remaja BSN SSP (Hadiah Utama - BSN SSP RM10,000) pula telah dimenangi oleh Zamil b. Zainol dari Kuala Lumpur, Mariayana Begum bt. Abd Ghani dari Selangor dan Muhammad Hakimi b. Ahmad Hikmat dari Johor. Bagi Cabutan Remaja BSN SSP (Hadiah Sagu Hati – iPhone 8) pula telah dimenangi oleh Yvien Chew Yi-En dari Pulau Pinang, Nur Fadrina Auni bt. Asmad Khan dari Pahang dan Muhammad Danial Syafiq b. Rodzlan dari Selangor. 

“Sebagai sebuah bank yang dimandatkan oleh kerajaan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia menyimpan wang, BSN telah dari semasa ke semasa memperkasakan amalan menyimpan ini melalui pelbagai inisiatif serta produk-produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan seperti BSN SSP. Selaras dengan itu juga, BSN telah mempertingkatkan bukan sahaja ganjaran keseluruhan BSN SSP malah turut memperkenalkan cabutan-cabutan baharu serta kempen-kempen khas pada tahun ini.

Ini semua adalah untuk menggalakkan lagi orang ramai, terutamanya badan-badan kerajaan untuk menananamkan amalan menyimpan dalam kehidupan seharian mereka,” ujar Encik Kameel Abdul Halim, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.

“Saya mengharapkan agar ganjaran yang diterima oleh para pemenang pada hari ini dapat menambah keceriaan sambutan hari raya Aidilfitri selain dapat menjadi pembakar semangat kepada para pemenang serta kaum keluarga untuk meneruskan amalan menyimpan terutamanya di BSN SSP. Ini kerana BSN SSP ini, semakin disimpan, semakin lumayan,” tambah beliau lagi. 

Selain menawarkan jumlah hadiah yang lebih lumayan, BSN juga turut giat menggalakkan lagi amalan menyimpan melalui beberapa kempen Cabutan Khas BSN SSP seperti kempen BSN SSP Hari Guru 2018, BSN SSP Hari Angkatan Tentera Malaysia 2018 dan BSN SSP Hari Polis Diraja Malaysia 2018.

Berikut adalah maklumat mengenai kempen-kempen tersebut:

Cabutan Khas

Maklumat kempen

1) Hari Guru 2018

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Kempen bermula 1 Mei – 31 Oktober 2018.
  • Sebanyak 516 ganjaran berjumlah RM149,700 menanti warga KPM & KPT.
  • Simpanan minimum sebanyak RM1,000 dan ke atas.

2) Hari Angkatan Tentera

    Malaysia 2018 (ATM)

  • Kempen bermula 28 Mac – 30 September 2018.
  • Sebanyak 200 ganjaran berjumlah RM100,000 menanti warga ATM.
  • Simpanan minimum sebanyak RM500 dan ke atas.

3) Hari Polis Diraja Malaysia 2018 (PDRM)

  • Kempen bermula 01 Februari – 31 Ogos 2018.
  • Sebanyak 211 ganjaran berjumlah RM97,000 menanti warga PDRM.
  • Simpanan minimum sebanyak RM1,000 dan ke atas.

 

BSN juga pada masa yang sama akan melancarkan kempen terbaharunya iaitu ‘Cabutan BSN SSP Fabulous 40’ yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun BSN SSP yang ke-40. Uniknya mengenai cabutan ini adalah seramai 40 orang penyimpan BSN SSP akan dipilih daripada seluruh Malaysia setiap hari untuk memenangi simpanan tunai BSN SSP berjumlah RM1,000. Selain itu, terdapat juga ganjaran-ganjaran menarik lain menanti bakal pemenang Cabutan BSN SSP Fabulous 40 yang mana jumlah keseluruhannya mencecah RM142,200. Cabutan ini akan bermula pada 1 Julai 2018 hingga 27 Ogos 2018.

Pada majlis yang sama, BSN turut mengumumkan pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP Jun 2018. Senarai para pemenang boleh disemak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

 

 

- END -


Press Release