Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

GANGGUAN SISTEM PERBANKAN BSN

 

Kuala Lumpur, 20 Januari 2019 –  Sistem Perbankan BSN yang membabitkan perkhidmatan kaunter di cawangan, ATM, CDM, MEPS, MyBSN dan Ejen Bank BSN (EB BSN) sedang tergendala. Sebarang transaksi perbankan tidak dapat dilakukan buat masa ini.

Pihak BSN sedang meneliti perkara ini dan berusaha untuk membaikpulih keadaan bagi memudahkan pelanggan membuat  transaksi perbankan  seperti biasa.

Menurut Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutf BSN, “kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh para pelanggan kami dan perkembangan terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa”.

Sebagai sebuah institusi kewangan, simpanan dan akses kepada kemudahan perbankan untuk semua pelanggan adalah kepentingan dan keutamaan kami.

 

- END -


Press Release