Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

RM1JUTA REZEKI BULAN MERDEKA

BSN SSP Meneruskan Pencarian Jutawan Baharu 2018

 

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2018 – Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) kini meneruskan lagi pencarian jutawan baharu untuk kali ke-8 melalui kempen “Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan”. Pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP bulan Ogos bakal membawa pulang RM1 juta sekaligus bergelar jutawan Merdeka 2018. 

Menurut Encik Ahmad Noh Jeni, Naib Presidan Kanan/ Ketua, Operasi Perbankan BSN “Cabutan Istimewa sebanyak RM1 juta ditawarkan secara berterusan bagi setiap bulan bermula Januari 2017 yang lalu dan kini kami mencari jutawan bagi bulan Ogos 2018 atau jutawan merdeka. Penyimpan yang mempunyai jumlah deposit atau baki minimum BSN SSP sebanyak RM3,000 dan ke atas layak menyertai dan disenaraikan dalam cabutan ini.” 

“Satu-satunya kempen seumpama ini diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai untuk terus membuat simpanan BSN SSP di BSN. Kami juga menawarkan ganjaran lebih lumayan pada tahun ini kepada para penyimpan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM20 juta berbanding jumlah hadiah pada tahun 2017 iaitu RM17.7 juta. Penawaran jumlah hadiah yang lebih lumayan ini merupakan penghargaan khas BSN kepada para penyimpan setia BSN SSP di samping untuk terus menggalakkan lagi masyarakat Malaysia menyimpan,” ujar beliau lagi. 

Selain menawarkan jumlah hadiah yang lebih lumayan, BSN juga turut giat menggalakkan lagi amalan menyimpan melalui beberapa kempen Cabutan Khas BSN SSP seperti kempen BSN SSP Hari Guru 2018BSN SSP Hari Angkatan Tentera Malaysia 2018BSN SSP Hari Polis Diraja Malaysia 2018 dan terkini Cabutan BSN SSP Fabulous 40 yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun BSN SSP yang ke-40. 

Encik Ahmad Noh Jeni juga turut menegaskan bahawa “Ini merupakan peluang yang baik kepada orang ramai yang masih tidak mempunyai simpanan BSN SSP untuk berbuat demikian agar berpeluang memenangi lebih banyak ganjaran lumayan yang ditawarkan oleh BSN melalui BSN SSP. Kepada mereka yang sudah membuat simpanan pula, tambahlah simpanan anda dari semasa ke semasa bagi melayakkan anda menyertai cabutan-cabutan BSN SSP 2018.” 

“Selain itu, pihak BSN telah menyediakan pelbagai saluran untuk membantu para pelanggan kami yang ingin memulakan simpanan ataupun yang mahu menambah simpanan sedia ada. Anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan BSN,  Mesin Teller Automatik (ATM) BSN, Mesin Deposit Tunai (CDM) BSN, Perbankan Internet (myBSN), Perbankan SMS dan melalui Ejen Bank Berdaftar BSN (EB BSN) di seluruh negara. Jadi mulakan simpanan anda hari ini. BSN SSP, semakin disimpan semakin lumayan.” Tambah beliau lagi. 

Turut sama mendapat perhatian adalah Cabutan Bulanan BSN SSP yang menawarkan ganjaran berupa kereta mewah BMW 318i bagi pemenang yang bertuah pada bulan Ogos ini. Penyimpan perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM10 untuk layak menyertai cabutan tersebut.

Selain itu, Cabutan Remaja juga diteruskan untuk penyimpan yang berusia 12 hingga 21 tahun. Cabutan Remaja ini meliputi dua kategori hadiah iaitu Hadiah Utama dan Hadiah Sagu Hati. Bagi kategori Hadiah Utama, simpanan minimum adalah sekurang-kurangnya RM1,000 untuk meraih ganjaran BSN SSP RM10,000 manakala bagi kategori Hadiah Sagu Hati minimum simpanan ialah hanya RM50 untuk memenangi ganjaran iPhone 8 dan ganjaran menarik lain yang ditawarkan. 

BSN turut memperkenalkan semula Cabutan Tempatan BSN SSP untuk memberi peluang kepada penyimpan BSN SSP di setiap negeri memenangi hadiah berupa sebuah kereta Perodua baharu Myvi 1.3L X untuk pemenang semenanjung Malaysia atau Toyota Hilux untuk pemenang di Sabah & Sarawak. Pelanggan Cabutan Tempatan BSN SSP berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ini pada setiap (3) bulan sekali iaitu pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2018 serta terbuka kepada pelanggan berumur 12 tahun ke atas dengan simpanan minimum RM10. 

BSN juga meraikan pemenang Cabutan Istimewa bulan Julai di majlis Cabutan BSN SSP di Wisma BSN, Jalan Ampang. Ahmad Zharif Robbani Bin Rozali dari Kelantan telah memenangi RM1 juta bagi Cabutan IstimewaNorhayati Bt Sarif  dari Selangor telah memenangi kereta BMW 318i bagi Cabutan Bulanan dan Nur Fatihah Has-Yun Bt Mohamad Zainuddin dari Kuala LumpurWan Muhamad Nazwan Bin Wan Abdullah dan Sarafiza Bt Jamil dari Kelantan telah memenangi BSN SSP RM10,000 bagi Cabutan Remaja – Hadiah Utama. 

Pemenang Cabutan Istimewa, Bulanan, Remaja dan Tempatan BSN SSP bagi bulan Ogos turut diumumkan di majlis tersebut.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BSN SSP,  sila layari www.mybsn.com.my

 

- END -


Press Release