Thursday, 14 November 2019,   16 Rabiulawal 1441H

 

BSN BAWA LEBIH KECERIAAN KEPADA AHLI KADNYA

Tawar hadiah bernilai lebih RM620, 000 untuk dimenangi

 

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2018 – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini melancarkan Kempen Kad Kredit & Debit “Ini Baru HAPPY” (Now This is HAPPY) dengan menawarkan hadiah Pulangan Tunai bernilai lebih RM620,000 untuk dimenangi oleh ahli kad BSN. Kempen ini akan berlangsung selama enam (6) bulan mulai 1 Oktober 2018 hingga 31 Mac 2019 dan dibuka kepada semua Ahli Kad Kredit dan Debit BSN Visa/ Mastercard baharu mahupun sedia ada. 

Naib Presiden Kanan/ Ketua Peruncitan Produk BSN, Encik Mohd Sofian Amirudin berkata, “Ini Baru HAPPY” adalah siri ketiga kempen 'Happy' yang dilancarkan oleh BSN secara eksklusif untuk ahli kad BSN sejak ia dilancarkan pada tahun 2016. Objektif penganjuran kempen ini adalah untuk meneruskan momentum memberi ganjaran kepada para ahli kad kami atas sokongan dan kesetiaan mereka dengan memberikan ganjaran yang menarik sejajar dengan tema ‘Happy’. Pada kempen kali ini, ahli kad BSN berpeluang untuk memenangi hadiah Pulangan Tunai yang menarik sambil menikmati kemudahan dan ganjaran lain sebagai ahli kad. Tiga (3) pemenang bertuah Hadiah Utama akan membawa pulang Pulangan Tunai berjumlah RM88,888 setiap seorang selain terdapat juga 900 hadiah Pulangan Tunai bernilai RM18 hingga RM8,000 untuk dimenangi setiap bulan. 

“Ahli kad BSN yang ingin menyertai kempen ini hanya perlu mendaftar sekali sahaja melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) semasa tempoh kempen berlangsung. Bagi setiap perbelanjaan RM50 dengan Kad Kredit atau Debit BSN, ahli kad BSN akan mendapat satu (1) penyertaan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah Pulangan Tunai Bulanan. Semakin banyak penyertaan yang diperolehi, semakin tinggi peluang untuk menang. Untuk layak menyertai cabutan Hadiah Utama pula, ahli kad BSN dikehendaki membelanjakan sekurang-kurangnya RM6,000 dengan kad mereka semasa tempoh kempen berlangsung,” tambah beliau lagi. 

Ahli kad BSN juga boleh meningkatkan peluang mereka untuk menang dengan menggandakan penyertaan mereka sebanyak 5 kali bagi transaksi luar negara atau dalam talian atau 20 kali apabila permohonan mereka untuk Pemindahan Baki BSN,   Easy Cash atau Auto Billing diluluskan. Ahli kad kredit baharu juga akan menerima bonus sebanyak 10 penyertaan apabila mereka membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dengan kad baharu mereka semasa tempoh kempen. 

BSN sebelum ini telah melancarkan "Find Your Happy" pada tahun 2016, “Happy Starts Here” pada tahun 2017 di mana kedua-dua kempen ‘Happy’ ini telah menerima sambutan hangat dari ahli kad BSN. 

BSN telah mengeluarkan pelbagai Kad Kredit BSN termasuk BSN Visa Platinum,  BSN Mastercard Platinum, BSN Visa/ Mastercard Emas dan Klasik, BSN TeachersCard Mastercard, BSN-AIAFAM Visa Platinum Business dan BSN-UUM Mastercard Emas & Platinum. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk BSN, kunjungi cawangan BSN terdekat atau hubungi Pusat Hubungan BSN di talian1300-88-1900 atau layari laman web kami di www.mybsn.com.my.

 

- END -


Press Release