Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

BSN UMUM PEMENANG CABUTAN KHAS GENERASI Z & KESETIAAN BSN SSP

Kuala Terengganu, 4 April 2019​ – BSN hari ini mengumumkan senarai penyimpan BSN SSP yang memenangi Cabutan BSN SSP bulan Mac 2019 termasuk pemenang-pemenang kepada cabutan khas yang pertama dilakukan pada bulan Mac, iaitu Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP – Hadiah Utama (Istimewa) berupa simpanan tunai BSN SSP RM25,000 dan Cabutan Khas Kesetiaan BSN SSP – Hadiah Utama berupa simpanan tunai BSN SSP RM50,000. Kedua-dua ganjaran ini adalah sebahagian daripada nilai keseluruhan hadiah bagi kempen BSN SSP tahun 2019 yang mencecah sehingga RM21.96 juta. Pengumuman pemenang kepada kedua-dua cabutan ini telah diadakan di TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu sempena dengan penganjuran program Karnival Kewangan oleh Bank Negara Malaysia di lokasi yang sama.

Yang Berbahagia Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN turut hadir di Majlis Cabutan BSN SSP bulan Mac 2019 tersebut. Bercakap di majlis berkenaan, Yang Berbahagia Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN berkata “Sebagai sebuah bank yang dimandatkan kerajaan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda untuk menyimpan, BSN telah dari semasa ke semasa memperkenalkan produk-produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan seperti BSN SSP. Sehingga Mac 2019, BSN SSP terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di mana jumlah penyimpan di seluruh Malaysia kini adalah seramai lebih 3.31 juta orang dengan nilai simpanan berjumlah lebih RM3.33 bilion.”​​​​

Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP – Hadiah Utama (Istimewa) dan Cabutan Khas Kesetiaan BSN SSP adalah cabutan BSN SSP yang hanya diadakan sebanyak empat (4) kali sahaja iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2019. Dua (2) orang pemenang bagi Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP – Hadiah Utama (Istimewa) akan membawa pulang simpanan tunai BSN SSP RM25,000 setiap seorang manakala lima (5) orang pemenang Hadiah Sagu Hati (Istimewa) pula akan membawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1,000 setiap seorang. Sementara itu, bagi Cabutan Khas Kesetiaan BSN SSP pula, dua (2) orang pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang simpanan tunai BSN SSP RM50,000 setiap seorang, 10 orang pemenang tempat kedua akan membawa pulang simpanan tunai BSN SSP RM5,000 setiap seorang dan 15 orang pemenang Hadiah Sagu Hati akan membawa pulang simpanan tunai BSN SSP RM500.​​​

Bercakap di majlis penyerahan tersebut, Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN berkata, “BSN sentiasa menyokong program yang menyumbang kepada pembangunan sosial masyarakat dan sumbangan peralatan rawatan air bersih kepada komuniti orang asli di Kampung Lambok, Kelantan ini merupakan tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan melalui peruntukan zakat daripada operasi ‘Skim Perbankan Islam’ (SPI) BSN.”​​​

Penyimpan BSN SSP yang ingin menyertai Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP – Hadiah Istimewa perlu mempunyai simpanan minimum RM1,000 dan ke atas serta mestilah berumur 12 tahun hingga 21 tahun. Sementara itu, bagi Cabutan Khas Kesetiaan BSN SSP pula - diperkenalkan khas untuk menghargai para penyimpan setia BSN SSP; perlu mengekalkan simpanan BSN SSP mereka sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan ke atas dengan simpanan minimum RM10.​​

“Selain itu, sebagai inisiatif kami untuk terus menggalakkan orang ramai menyimpan, kami telah memperkenalkan cabutan-cabutan baharu dengan jumlah ganjaran yang lebih lumayan khas untuk para penyimpan BSN SSP pada tahun ini. Ini juga bermakna, lebih banyak peluang dan lebih banyak ganjaran yang boleh dinikmati oleh orang ramai di luar sana. Untuk makluman, tahun ini BSN menawarkan sebanyak 7,384 jumlah hadiah bernilai RM21.96 jutaberbanding jumlah keseluruhan hadiah pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM20 juta. Justeru, bagi yang masih tidak mempunyai simpanan BSN SSP, anda boleh berkunjung ke kaunter-kaunter BSN di Karnival Kewangan ini bermula dari 4 – 6 April 2019. Kepada anda yang sudah membuat simpanan pula, tambahlah simpanan anda dari semasa ke semasa. Manalah tahu, orang-orang Terengganu akan menjadi pemenang utama cabutan BSN SSP 2019,” Ujar YBhg Datuk Yunos lagi.

Di samping itu, orang ramai juga boleh merebut peluang untuk mendapatkan kadar keuntungan menarik melalui BSN SSP Edisi Khas (BSN SSP Special Edition). Selain berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan setiap bulan, para penyimpan BSN SSP turut berpeluang untuk memperolehi kadar keuntungan sehingga 2.5%. Kempen bermula dari 15 Disember 2018 dan telah dilanjutkan tarikh tutup kempen sehingga 30 Jun 2019.​​

BSN turut mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP Februari 2019.​​​​

Berikut adalah senarai pemenang BSN SSP Februari 2019 :

Pemenang Cabutan BSN SSP Februari 2019

Pemenang Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 juta)
- Nama : Muhammad Rafid bin Hasan 
​- Negeri : Kedah/Perlis

Pemenang Cabutan Bulanan (BMW 318i)
- Nama : Vincent A/L Parnabas 
- Negeri : Kuala Lumpur 

Pemenang Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP (Hadiah Bulanan - BSN SSP RM10, 000)

Pertama
- Nama : Muhammad Yasin bin Mohamad Isa
​​- Negeri : Negeri Sembilan


Kedua
- Nama : Maisurah binti Mohd Isa
​- Negeri : Perak
Ketiga

 
- Nama : Muhammad Azfar bin Khairil Anuar 
- Negeri : Melaka

Pemenang Cabutan Khas Tempatan BSN SSP (Hadiah Utama)

Johor : Berhannudin bin Mohd Salleh 
Kedah/Perlis : Norhasna binti Yaakob 
Kelantan : Mat Hassan bin Hussin 
​Melaka : Lim Ah Yew 
​ Negeri Sembilan : Kalah AP A. Raja 
Pahang : Kalid bin Alias 
Pulau Pinang : Md Idris bin Ibrahim 
Perak : Mohd Hafizal bin Md Khamis 
Selangor : Saniah binti Razali 
Terengganu : Amir Fauzan bin Jaafar 
Sabah : Joseph bin Tuaty 
Sarawak : Kong Ling Ling 
Kuala Lumpur : Mahyun binti Sa’in ​

Pada majlis sama, BSN turut mengumumkan pemenang-pemenang lain bagi Cabutan BSN SSP Mac 2019. Senarai para pemenang boleh disemak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.​

 

- END -


Press Release