Thursday, 14 November 2019,   16 Rabiulawal 1441H

 

BSN UMUM JUTAWAN KEEMPAT BSN SSP 2019​ ​

 

Kuala Lumpur, 27 April 2019 – BSN hari ini mengumumkan jutawan keempat BSN SSP 2019 di mana pemenang akan membawa pulang BSN SSP berjumlah RM1 juta. Dengan pengumuman pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP bulan April 2019 ini, bermakna terdapat lapan (8) lagi peluang untuk para penyimpan BSN SSP bergelar jutawan; di samping peluang untuk memenangi BSN SSP RM2 juta yang merupakan ganjaran bagi pemenang Cabutan Istimewa bulan Disember 2019. 

Selain pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP, BSN turut mengumumkan pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP bulan April 2019 yang lain iaitu pemenang Cabutan Bulanan BSN SSP - akan membawa pulang sebuah kereta mewah BMW 318i serta pemenang Cabutan Khas Generasi Z (Hadiah Utama – Bulanan) – tiga (3) orang pemenang akan membawa pulang simpanan tunai BSN SSP RM10,000 dan Cabutan Khas Generasi Z (Hadiah Sagu Hati – Bulanan) – lima (5) orang pemenang akan membawa pulang iPhone X.​​ 

Senarai pemenang adalah seperti berikut:​ 

Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 juta)​

​Mohammad Tarmizi Bin Mahmood – Kuala Lumpur

 

Cabutan Bulanan (BMW 318i)​

​Narawi Bin Embong – Terengganu

 

Cabutan Khas Kesetiaan (BSN SSP RM50,000)​

​Zulkafli Bin Darmawi – Johor

​​Nor Hapiza Binti Mohd Isa – Kedah/Perlis

 

Cabutan Khas Generasi Z (Istimewa BSN SSP RM25,000)​

​​Nurul Fakhira Binti Mohd Zaini – Kuala Lumpur

​​​Mohamad Shafiq Aiman Bin Mat Sahar – Pahang

​​Muhammad Izzat Aiman – Johor​​​

Pada tahun ini, BSN telah meningkatkan jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan kepada para penyimpan BSN SSP bernilai RM21.96 juta; tahun lalu bernilai RM20 juta. Justeru, bagi yang masih tidak mempunyai simpanan BSN SSP, anda boleh membuat simpanan di mana-mana cawangan BSN berhampiran atau melalui pelbagai saluran perbankan BSN di seluruh Malaysia. Kepada para penyimpan sedia ada BSN SSP pula, anda digalakkan untuk menambah simpanan anda dari semasa ke semasa agar berpeluang untuk menjadi salah seorang pemenang RM1 juta BSN SSP. 

Yang Berbahagia Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN berkata “Sebagai sebuah bank yang dimandatkan kerajaan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda untuk menyimpan, BSN telah dari semasa ke semasa memperkenalkan produk-produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan seperti BSN SSP. Sehingga Mac 2019, BSN SSP terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di mana jumlah penyimpan di seluruh Malaysia kini adalah seramai lebih 3.4 juta orang dengan nilai simpanan berjumlah lebih RM3.33 bilion.”​ 

“Selain itu, sebagai inisiatif kami untuk terus menggalakkan orang ramai menyimpan, kami telah memperkenalkan cabutan-cabutan baharu dengan jumlah ganjaran yang lebih lumayan khas untuk para penyimpan BSN SSP pada tahun ini. Ini juga bermakna, lebih banyak peluang dan lebih banyak ganjaran yang boleh dinikmati oleh orang ramai di luar sana,” ujar beliau lagi. ​ 

Di samping itu, orang ramai juga boleh merebut peluang untuk mendapatkan kadar keuntungan menarik melalui BSN SSP Edisi Khas (BSN SSP Special Edition). Selain berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan setiap bulan, para penyimpan BSN SSP turut berpeluang untuk memperolehi kadar keuntungan sehingga 2.5%. Kempen bermula dari 15 Disember 2018 dan telah dilanjutkan tarikh tutup kempen sehingga 30 Jun 2019. 

Untuk mendapatkan senarai penuh pemenang Cabutan BSN SSP bulan April 2019, sila semak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook @BSN Malaysia.​

 

- END -


Press Release