Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

​​ ​ ​BSN UMUM 13 ORANG PEMENANG CABUTAN KHAS TEMPATAN BSN SSP MEI 2019​​ ​

 

Kuala Lumpur, 25 Mei 2019​ – BSN hari ini mengumumkan pemenang-pemenang bagi Cabutan BSN SSP bulan Mei 2019 termasuk pemenang bagi Cabutan Khas Tempatan yang membawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM50 ribu. Ini merupakan kali kedua (2) cabutan ini diadakan pada tahun ini daripada empat (4) cabutan yang telah dijadualkan iaitu pada bulan Februari, Mei, Ogos dan November 2019. Seramai 13 orang pemenang daripada setiap negeri akan membawa pulang BSN SSP RM50 ribu bagi Hadiah Utama, 195 orang pemenang Hadiah Pertama membawa pulang BSN SSP RM500 dan 650 orang pemenang membawa pulang BSN SSP RM100 bagi Hadiah Kedua. Cabutan Khas Tempatan adalah cabutan yang memberi peluang kepada seorang pelanggan di setiap negeri memenangi ganjaran hebat. Para pelanggan BSN SSP yang ingin menyertai cabutan ini mestilah berusia 12 tahun ke atas dengan simpanan minimum RM10. 

BSN juga turut mengumumkan pemenang-pemenang bagi Cabutan BSN SSP bulan Mei 2019 yang lain seperti Cabutan Istimewa BSN SSP di mana pemenang akan membawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM1 juta, Cabutan Bulanan BSN SSP – pemenang akan membawa pulang kereta mewah BMW318i dan Cabutan Khas Generasi Z – tiga (3) orang pemenang Cabutan Bulanan (Hadiah Utama) akan membawa pulang simpanan tunai BSN SSP bernilai RM10 ribu.​​​ 

Di majlis yang sama, BSN turut meraikan para pemenang Cabutan BSN SSP bulan April 2019 seperti berikut:​ 

Pemenang Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 juta)

​Navarathinam A/L Sinnasamy – Perak 

Pemenang Cabutan Bulanan (BMW 318i)​

​Md Yusuf Bin Ali – Kedah/ Perlis 

Pemenang Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP

​(Hadiah Utama Bulanan - BSN SSP RM10, 000) ​ 

- Pertama​

​​Muhamad Najib Hishamudin Bin Rosli – Selangor 

- Kedua​

​​Muhammad Azrul Bin Azmi – Pulau Pinang​ 

- Ketiga​

​​Teo Po Sian – Johor​​​​​​​​ 

Yang Berbahagia Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN berkata “Sebagai sebuah bank yang dimandatkan kerajaan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda untuk menyimpan, BSN telah dari semasa ke semasa memperkenalkan produk-produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan seperti BSN SSP. Sehingga April 2019, BSN SSP terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di mana jumlah penyimpan di seluruh Malaysia kini adalah lebih 3.31 juta orang dengan nilai simpanan berjumlah lebih RM3.33 bilion.”​ 

“Selain itu, sebagai inisiatif kami untuk terus menggalakkan orang ramai menyimpan, kami telah memperkenalkan cabutan-cabutan baharu dengan jumlah ganjaran yang lebih lumayan khas untuk para penyimpan BSN SSP pada tahun ini. Untuk makluman, tahun ini BSN menawarkan sebanyak 7,384 jumlah hadiah bernilai RM21.96 juta berbanding jumlah keseluruhan hadiah pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM20 juta. Selain itu, pada tahun ini juga buat pertama kalinya BSN memperkenalkan ganjaran berjumlah RM2 juta kepada pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP pada bulan Disember 2019. Justeru, bagi yang masih tidak mempunyai simpanan BSN SSP, anda boleh berkunjung ke cawangan-cawangan BSN di seluruh negara atau mendapatkan perkhidmatan perbankan melalui saluran-saluran perbankan kami yang lain. Kepada anda yang sudah membuat simpanan pula, tambahlah simpanan anda dari semasa ke semasa. Manalah tahu, anda akan menjadi pemenang utama cabutan BSN SSP 2019,” ujar YBhg Datuk Yunos lagi.​​ 

“Di samping itu, orang ramai juga boleh merebut peluang untuk mendapatkan kadar keuntungan menarik melalui BSN SSP Edisi Khas (BSN SSP Special Edition). Selain berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan setiap bulan, para penyimpan BSN SSP turut berpeluang untuk memperolehi kadar keuntungan sehingga 2.5%. Kempen bermula dari 15 Disember 2018 dan telah dilanjutkan tarikh tutup kempen sehingga 30 Jun 2019.​ 

Senarai penuh pemenang boleh disemak di laman web BSN ​www.mybsn.com.my​ atau laman Facebook BSN di BSN Malaysia.​​​​​​​

 

- END -


Press Release