Thursday, 14 November 2019,   16 Rabiulawal 1441H

 

BSN TAWAR BEG TANGAN EKSKLUSIF SEMPENA KEMPEN LADIES BSN SSP SPECIAL EDITION​

 

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2019​ – Bank Simpanan Nasional (BSN) terus memperkasakan usaha menerapkan amalan menabung di kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan ganjaran lebih hebat dan lebih lumayan kepada para penyimpan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) dengan nilai keseluruhan hadiah mencecah RM21.96 juta, RM1.96 juta lebih banyak berbanding jumlah hadiah pada tahun 2018. 

“Sebanyak 7,384 jumlah hadiah bernilai RM21.96 juta ditawarkan khas untuk para penyimpan untuk kempen BSN SSP tahun ini. Selain itu, BSN juga turut memperkenalkan buat pertama kalinya ganjaran utama bernilai RM2 juta bagi Cabutan Istimewa BSN SSP bulan Disember 2019 selain cabutan baharu iaitu Cabutan Khas Kesetiaan BSN SSP. Ini bermakna, lebih banyak peluang dan lebih banyak ganjaran yang boleh dinikmati oleh orang ramai di luar sana,” ujar YBhg Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN.​​ 

“Setakat bulan Mei yang lalu, BSN telah menghasilkan lima (5) orang jutawan BSN SSP. Pada bulan ini, seorang lagi jutawan BSN SSP akan diumumkan. Ini bermakna, para penyimpan di luar sana masih berpeluang untuk menjadi jutawan bagi bulan Julai hingga November 2019 sekaligus membawa pulang ganjaran RM1 juta. Akan tetapi jika anda mahu memenangi RM2 juta, anda perlu membuat simpanan minimum RM3,000 sebelum 28 September 2019. Ini kerana untuk layak menyertai Cabutan Istimewa BSN SSP bulan Disember 2019, tempoh minimum simpanan BSN SSP anda perlu mencecah 90 hari,” tambah beliau lagi.​​ 

BSN juga turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran menarik BSN SSP melalui kempen seperti ‘Kempen Ladies BSN SSP Special Edition (SE) 2019’. Kempen eksklusif untuk wanita ini telah pun bermula pada 15 April 2019 yang lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Julai 2019. Wanita berumur 21 tahun dan ke atas (pelanggan BSN baharu dan sedia ada) semasa tempoh kempen berlangsung layak untuk menyertai kempen ini. Para penyimpan perlu membuat simpanan BSN SSP SE minimum RM3,000 semasa tempoh kempen. Para penyimpan bakal memenangi barangan mewah bernilai RM15,000 (Beg Tangan Eksklusif), baucer barangan kemas bernilai RM5,000 dan baucer membeli belah bernilai RM1,000.​​​ 

Selain itu, BSN turut meraikan pemenang Cabutan BSN SSP bulan Mei 2019 bertempat di Auditorium Wisma BSN, Kuala Lumpur. ​​ 

Berikut adalah senarai pemenang Cabutan BSN SSP Mei 2019:​​ 

Pemenang Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 juta)​

Nama: Tamil Chelvee A/P SV Thangavelu

Negeri​: Sarawak​ 

Pemenang Cabutan Bulanan (BMW 318i)

Nama​​​: Salmah binti Harun

Negeri: Melaka 

Pemenang Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP

(Hadiah Utama Bulanan - BSN SSP RM10, 000)

»​ Pertama

Nama: Vilasini A/P Murugan Murali

Negeri:​​ Kuala Lumpur

»​ Kedua

Nama: Nur Syazza binti Sobri

Negeri:​​ Kedah/ Perlis​

​»​ Ketiga

Nama: Muhammad Aiman bin Mohd Yusof

Negeri:​​ Selangor​ 

Pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu boleh membuat simpanan SSP menerusi kaunter cawangan BSN, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan perbankan Internet di myBSN. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan saluran lain untuk membuat simpanan melalui Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN dan mesin deposit tunai (CDM). 

Pada majlis sama, BSN turut mengumumkan pemenang-pemenang Cabutan BSN SSP bagi bulan Jun 2019. Senarai para pemenang boleh disemak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.​​

 

- END -


Press Release