Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

HADIAH BESAR GANJARAN RM2 JUTA

BSN SSP Meneruskan Pencarian Jutawan Baharu 2019

 

Kuala Lumpur, 31 Ogos 2019​ – Cabutan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) kini telah menjengah ke bulan Ogos 2019; ini bermakna salah seorang daripada penyimpan BSN SSP bakal dinobatkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP bulan Ogos 2019 sekaligus bergelar ‘Jutawan Merdeka’ 2019.

Menurut Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN, “Ganjaran sebanyak RM1 juta untuk Cabutan Istimewa BSN SSP ditawarkan secara berterusan bagi setiap bulan bermula Januari 2019 dan kini kami mencari jutawan bagi bulan Ogos 2019 atau ‘Jutawan Merdeka’. Selain itu juga pada tahun ini, BSN turut memperkenalkan ganjaran utama bernilai RM2 juta bagi pemenang Cabutan Istimewa bulan Disember 2019. Ganjaran besar ini adalah yang julung kali diperkenalkan oleh BSN dan institusi kewangan khas untuk para penyimpan BSN SSP. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat simpanan minimum sebanyak RM3,000 untuk layak menyertai dan disenaraikan dalam cabutan ini. Walau bagaimanapun, untuk layak menyertai Cabutan Istimewa BSN SSP bulan Disember 2019, tempoh minimum simpanan BSN SSP adalah 90 hari sebelum tarikh cabutan pada 28 Disember 2019.”​​​​

“Selain pemenang ganjaran Cabutan Istimewa BSN SSP, pada bulan ini juga, BSN turut mengumumkan pemenang bagi Cabutan Khas Tempatan yang merupakan cabutan kali ketiga (3) bagi tahun ini. Seramai 13 orang pemenang daripada setiap negeri akan membawa pulang Hadiah Utama bernilai BSN SSP RM50 ribu, 195 orang pemenang Hadiah Pertama membawa pulang BSN SSP RM500 dan 650 orang pemenang membawa pulang BSN SSP RM100 bagi Hadiah Kedua. Cabutan Khas Tempatan memberi peluang kepada pelanggan di setiap negeri untuk memenangi ganjaran hebat. Para pelanggan BSN SSP yang ingin menyertai cabutan ini mestilah berusia 12 tahun ke atas dengan simpanan minimum RM10.​​​​

BSN juga turut mengumumkan beberapa cabutan BSN SSP yang lain seperti Cabutan Bulanan – Hadiah Utama BMW 318i dan Cabutan Khas Generasi Z – Hadiah Utama (Bulanan) BSN SSP RM10,000.​​​​​​​

Pemenang Cabutan Istimewa (BSN SSP RM1 juta)
Said bin Ismail dari Kelantan​​

Pemenang Cabutan Bulanan (BMW 318i)
Nor Julizah binti Abdul Rashid dari Kelantan​

Pemenang Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP

(Hadiah Utama Bulanan - BSN SSP RM10, 000)
Ahmad Shukrie bin Abd. Rahman dari Melaka​
Anis Nazira binti Abd Ghani dari Perak​
Siti Aisyah binti Roslan dari Pulau Pinang​​​​

Sehingga Jun 2019, BSN SSP terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di mana lebih 3.59 juta orang penyimpan dicatatkan ​di seluruh Malaysia dengan simpanan lebih RM3.37bilion.

Para pelanggan BSN SSP boleh menyemak senarai penuh pemenang Cabutan BSN SSP Ogos 2019 di laman web BSN www.mybsn.com.my

 

- END -


Press Release