Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

BAWA PULANG BEG JENAMA MEWAH & GADJET HEBAT​​

BSN rai pemenang BSN SSP SE Wanita 2019 dan Peraduan Video BSN SSP​​​​ ​​​​

 

Kuala Lumpur, 28 September 2019​​ – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini telah meraikan pemenang-pemenang bagi Kempen BSN SSP Special Edition (SE) Wanita 2019 dan Peraduan Video BSN SSP bertempat di Wisma BSN, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Seramai tiga (3) orang pemenang Hadiah Utama bagi kempen BSN SSP SE Wanita 2019 telah menerima hadiah berupa beg tangan berjenama mewah bernilai RM15,000 setiap seorang. Sementara itu, tiga (3) orang pemenang Peraduan Video BSN SSP juga turut menerima hadiah masing-masing seperti 1 unit Macbook Pro dan baucar BSN SSP bernilai RM6,000 bagi tempat pertama; 1 unit Ipad Pro & baucar BSN SSP bernilai RM4,000 bagi tempat kedua dan 1 unit Apple watch & baucar BSN SSP bernilai RM3,000 di tempat ketiga.

Kempen BSN SSP SE Wanita 2019 telah bermula pada 15 April 2019 sehingga 31 Julai 2019. Syarat kelayakan untuk menyertai kempen ini adalah wanita berumur 21 tahun dan ke atas semasa tempoh kempen berlangsung. Ia terbuka kepada pelanggan BSN baharu dan sedia ada dengan simpanan minimum RM3,000 semasa tempoh kempen. BSN SSP SE tersebut hendaklah disimpan selama 12 bulan. ​​​​

Sementara itu, Peraduan Video BSN SSP pula dianjurkan khas untuk para pelajar universiti di seluruh Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah dan berumur 18 hingga 25 tahun dan ke atas. Para peserta perlu menghasilkan video pendek berdurasi kira-kira 3 minit Peraduan ini telah bermula pada 1 Mei 2019 hingga 31 Ogos 2019. ​ ​​​

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Encik Kamel Effendy Mohd Razali, Naib Presiden Kanan/ Ketua Deposit & Pembayaran BSN. ​​​​

Senarai pemenang bagi kedua-kedua kategori ini adalah seperti berikut:​

​​BSN SSP SE Wanita 2019
- Premala Devi A/P Muniasamy dari Perak​
- Che Nab binti Awang Mamat dari Kelantan​
- Rosanani binti Adam dari Pahang​

Peraduan Video BSN SSP
- Abdul Rahman bin Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Muhammad Fikri bin Mohd Zamri dari Multimedia University​​​
- Anas bin Azul Sidek dari Multimedia University​ ​​

BSN juga turut sama meraikan para pemenang bagi Cabutan BSN SSP bulan Ogos 2019. Senarai Pemenang adalah seperti berikut:

Cabutan Istimewa BSN SSP (BSN SSP RM1 juta)
- Mohamad Shahril bin Yope @ Yahya dari Melaka​

Pemenang Cabutan Bulanan (BMW 318i)​
- Kamaruddin bin Payong dari Kuala Lumpur

​Pemenang Cabutan Khas Generasi Z BSN SSP (Hadiah Utama Bulanan - BSN SSP RM10, 000)
- Wanna Thaqeefah binti Muhamad Herman dari Kedah/ Perlis
- Danial bin Mohamad Darus dari Perak
- ​Chin Yan Pin dari Perak

Pemenang Cabutan Khas Tempatan (BSN SSP RM50,000)
1. Jamilah binti Zakaria @ Ali dari Johor
2. Manizah binti Mat Rabat @ Mat Rejab dari Kedah/ Perlis
3. ​Ahmad Rosli bin Ali dari Kelantan
4. ​Xavier A/L Singaram dari Melaka
5. ​Abd Rashid bin Shamsuddin dari Negeri Sembilan
6. ​Cheang En Chee dari Pahang
7. Kamarulzaman bin Maarog dari Pulau Pinang
8. Ong Ai Di dari Perak
9. Wan Azimah binti Ibrahim dari Selangor
10. Syamsoul Aswan bin Muda dari Terengganu​
11. Panah bin Mad Sarin dari Sabah
12. Bakal bin Timbang dari Sarawak
​13. ​Syed Jonit bin Syed Mahamad dari Kuala Lumpur

Majlis Cabutan BSN SSP kini telah menjengah ke bulan September; ini bermakna salah seorang daripada penyimpan BSN SSP bakal dinobatkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa BSN SSP bulan September 2019 sekaligus bergelar 'Jutawan Hari Malaysia' 2019.

Menurut Yang Berbahagia Datuk Yunos Abd Ghani, Ketua Eksekutif BSN, "Ganjaran sebanyak RM1 juta untuk Cabutan Istimewa BSN SSP ditawarkan secara berterusan bagi setiap bulan, bermula Januari 2019 dan kini kami mencari jutawan bagi bulan September 2019 atau 'Jutawan Hari Malaysia'. Dengan pengumuman Jutawan Hari Malaysia ini juga bermakna, tiga (3) orang penyimpan BSN SSP akan dinobatkan sebagai Jutawan BSN SSP sebelum seorang lagi diumumkan sebagai Super Jutawan untuk Cabutan Istimewa BSN SSP pada Bulan Disember 2019 nanti."

"Ganjaran besar ini adalah yang julung kali diperkenalkan oleh BSN dan institusi kewangan khas untuk para penyimpan BSN SSP. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat simpanan minimum sebanyak RM3,000 untuk layak menyertai dan disenaraikan dalam cabutan ini. Walau bagaimanapun, untuk layak menyertai Cabutan Istimewa BSN SSP bulan Disember 2019, tempoh minimum simpanan BSN SSP adalah 90 hari sebelum tarikh cabutan pada 28 Disember 2019, ujar beliau lagi.​ ​

Sehingga Ogos 2019, BSN SSP terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di mana lebih 3.62 juta orang penyimpan dicatatkan di seluruh Malaysia dengan simpanan lebih RM3.38 bilion.​

 

- END -


Press Release