Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

BSN ANJUR KARNIVAL HARTANAH

Inisiatif Cawangan Negeri Kedah Promosikan Pembiayaan Perumahan

 

Alor Setar, 18 Oktober 2013 – Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Kedah hari ini mengumumkan penganjurkan Karnival Hartanah & Pembiayaan BSN dengan kerjasama IM Global Property Consultants dan Rich Power Global di perkarangan BSN Cawangan Utama Kedah, Alor Setar. Karnival yang akan bermula pada  22 - 25 Oktober 2013 itu merupakan satu inisiatif BSN untuk menjadikan BSN pilihan utama Pembiayaan Perumahan untuk komuniti di negeri Kedah.

Bercakap di sidang media yang diadakan di Alor Setar hari ini, Pengarah Negeri BSN Kedah, Encik Abdul Rani bin Sa’ad berkata bahawa BSN Negeri Kedah berharap karnival ini dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat di Kedah akan kelebihan produk pembiayaan perumahan BSN.

“Karnival ini juga dianjurkan sebagai langkah untuk menjalinkan hubungan strategik dengan rakan perniagaan BSN iaitu pemaju perumahan, peguam, jurunilai dan juru lelong,” tambah Abdul Rani Sa’ad.

BSN menyediakan Pembiayaan Perumahan yang lengkap, menarik dan menepati kehendak pelanggan Pembiayaan Perumahan BSN Giro Home adalah pembiayaan konvensional manakala Pembiayaan Perumahan BBA-Home adalah pembiayaan patuh shariah. Untuk keterangan lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat pelanggan BSN di 1 300 88 1900

- END -


Press Release