Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

BSN PENAJA UTAMA FESTIVAL HARI GURU 2014

Serah tajaan bernilai RM300,000 di majlis perasmian Festival Hari Guru 2014

 

Kuala Lumpur, 14 Mei 2014 – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menyerahkan tajaan untuk Festival Hari Guru 2014 bernilai RM 300,000 kepada Timbalan Menteri Pendidikan II, Yang Berhormat P. Kamalanathan P. Panchanathan di Majlis Perasmian Festival Hari Guru 2014 yang berlangsung di  Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.  

Tajaan yang diserahkan adalah sebagai tanda sokongan BSN di atas  komitmen dan dedikasi guru-guru dalam industri pendidikan bagi menjayakan agenda pembangunan negara.

“Guru itu ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, oleh itu kami selaku bank komuniti sentiasa prihatin dan menghargai dedikasi, pengorbanan dan jasa guru dalam memperkasakan pendidikan negara,” kata Winston E, Jayaprakash, Timbalan Ketua Eksekutif, BSN.

“Sebab itulah kami di BSN amat berbangga kerana diberi peluang untuk menjadi penganjur utama Festival Hari Guru 2014 dan berharap festival ini menjadi platform untuk orang ramai menyampaikan tanda terima kasih mereka kepada tenaga pendidik negara,” tambah Winston.

Pada majlis yang sama, BSN turut menyerahkan hadiah kepada pemenang-pemenang utama  Kempen Impian Tunai 8 iaitu kempen yang diadakan secara eksklusif oleh BSN untuk pemegang kad kredit 1TeachersCard MasterCard. Kempen yang telah berlangsung dari 7 Oktober 2013 hingga 28 Februari 2014, telah bertemakan angka 8 iaitu selaras dengan kadar istimewa 8.88% yang ditawarkan kepada pemegang Kad Kredit 1TeachersCard MasterCard.

Hadiah Utama berupa wang tunai bernilai RM88,888 diserahkan kepada Puan Zahalina binti Mat Yusof dari Sekolah Kebangsaan Jengka 11, Pahang.  Pemenang hadiah Tempat Pertama pula adalah Puan Noriza binti Mamat, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Paloh 1 & 2, Gua Musang, Kelantan. Pemenang hadiah Tempat Pertama telah memenangi wang tunai bernilai RM18,888 manakala pemenang hadiah Tempat Kedua pula adalah Encik Lukman bin Che Hassan, guru di Sekolah Kebangsaan Serting Ilir, Batu Kikir, Negeri Sembilan dan telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM8,888.

Kad Kredit 1 TeachersCard MasterCard ini ditawarkan secara eksklusif kepada komuniti guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan caj kewangan paling rendah iaitu sebanyak 8.88% setahun.

“Dengan kadar yang rendah ini, komuniti guru dapat menggunakan kad kredit secara berhemah sambil menikmati  penjimatan ke atas bayaran kadar faedah berbanding kad kredit yang lain,” tambah Winston lagi.

Kad Kredit 1TeachersCard MasterCard adalah satu-satunya produk seumpanya di Malaysia dengan kerjasama strategik bersama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). Langkah ini adalah sejajar dengan peranan BSN yang komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menyediakan produk-produk yang inovatif dan dinamik kepada segenap lapisan masyarakat.

“BSN menyasarkan lebih kurang 50,000 pemegang Kad Kredit 1TeachersCard MasterCard menjelang akhir tahun 2014” kata Mr Winston. Sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru di Malaysia, BSN turut menaja hadiah untuk Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2014, Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2014, Anugerah Pemimpin Dalam Teknologi Maklumat & Komunikasi 2014 dan Anugerah Guru Cemerlang Orang Kurang Upaya (OKU) 2014.

 

Kempen Kad Kredit 1TeachersCard BSN 2014

 

Sebagai kesinambungan kepada kempen Impian Tunai 8 yang telah tamat, BSN sekali lagi berkerjasama dengan YGMB dengan melancarkan satu kempen baru bagi pemegang Kad Kredit 1TeachersCard MasterCard. 

Kempen ini akan bermula pada 14 Mei sehingga 30 September 2014 di mana hadiah utama yang ditawarkan adalah berupa Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM100,000 untuk seorang pemenang; SSP bernilai RM10,000 untuk 5 orang pemenang dan 20 telefon bimbit Samsung Galaxy S5 untuk 20 orang pemenang.

Kad Kredit 1TeachersCard MasterCard menawarkan pelbagai ciri dan faedah istimewa khusus kepada komuniti guru yang mementingkan penjimatan, ganjaran, gaya hidup dan saluran pembayaran yang mudah.

Selain daripada kadar istimewa 8.88% setahun, lain-lain ganjaran dan keistimewaan yang ditawarkan ialah  tiada yuran tahunan seumur hidup,  Kad BSN Zing PLUSMiles percuma, Pelan Pindahan Baki 0%, perlindungan insuran perjalanan percuma sehingga RM500,000 serta program keistimewaan merchant. Pemegang kad  juga akan menikmati ganjaran melalui program BSN Reward Points bagi setiap ringgit yang dibelanjakan di mana para pemegang Kad Kredit 1TeachersCard boleh menebus mata ganjaran yang dikumpul untuk Enrich Miles, cenderahati, baucar membeli-belah serta baucar makanan pada bila-bila masa. Bagi meringankan beban  pemegang kad ke atas cukai perkhidmatan kerajaan yang dikenakan ke atas kad kredit, Pemegang Kad Utama 1 TeachersCard akan dihadiahkan dengan ganjaran tunai istimewa sebanyak RM50 sementara Pemegang Kad Tambahan menerima RM25 apabila kad kredit mereka diaktifkan dan diguna pada kali pertama. 

BSN menawarkan 2 jenis  Kad Kredit 1 TeachersCard iaitu kad islamik atau kad konvensional. Untuk keterangan lanjut sila layari www.mybsn.com.my atau kunjungi Cawangan BSN yang terdekat.

- END -


Press Release