Thursday, 14 November 2019,   16 Rabiulawal 1441H

 

AKTIVITI KHAS BSN SEMPENA ULANGTAHUN KE 40

Pengagihan Nasi Lemak di 40 Lokasi Terpilih Seluruh Malaysia

 

Kuala Lumpur, 15 Disember 2014 - Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menjalankan satu aktiviti bersama komuniti/pelanggan dengan mengagihkan 40,000 bungkus nasi lemak kepada orang ramai di kesemua 13 buah cawangan negeri BSN yang melibatkan 40 buah lokasi di seluruh negara termasuk di Sri Pentas TV3. Aktiviti ini merupakan salah satu program yang telah dirancang bersempena sambutan Ulangtahun yang ke 40 ini.

Pemilihan nasi lemak ini dibuat kerana ianya merupakan makanan tradisi tempatan yang menjadi kegemaran masyarakat berbilang bangsa di Malaysia yang boleh dinikmati ketika sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

Ini adalah bertepatan sekali dengan peranan BSN sebagai sebuah bank simpanan yang terawal di Malaysia yang memberi dan menawarkan perkhidmatan perbankan kepada segenap lapisan masayarakat tidak kira di kawasan luar bandar mahupun di kawasan bandar. Sudah menjadi tradisi dalam pelbagai lapisan masyarakat Malaysia untuk menikmati nasi lemak pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Bercakap di siaran langsung bersama Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Encik Ahmad Latfan Mohd Amran, Timbalan Ketua Eksekutif, Sokongan Korporat BSN berkata pengagihan nasi lemak ini merupakan salah satu inisiatif untuk berkongsi kegembiraan menyambut Ulangtahun yang ke 40 bersama orang ramai dan berharap agar semua pelanggan dan masyarakat umum akan terus menyokong BSN supaya dapat kekal relevan pada masa akan datang untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai tidak kira di mana mereka berada.

Secara keseluruhannya sempena tahun baru 2015 yang bakal tiba, BSN menjanjikan perkhidmatan yang lebih efisyen dan inisiatif yang memfokuskan kepada pengenalan perkhidmatan yang pelbagai lebih berinovatif.

 

- END -


Press Release