Friday, 15 November 2019,   17 Rabiulawal 1441H

 

KEMPEN #BSN40KEBAIKAN HULUR BANTUAN KEPADA TIGA ORGANISASI

 

 

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2015 – Kempen #BSN40Kebaikan - „Semarakkan Semangat, Sebarkan Kebaikan‟ telah menerima sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang turut sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di samping menyemarakkan semangat ukhwah dan silaturahim sesama masyarakat.
Dianjurkan bersempena ulang tahun Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ke 40 tahun, kempen #BSN40Kebaikan ini telah dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Jun yang lalu bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan keceriaan terutamanya menjelang bulan Ramadan yang mulia. Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam kempen ini hanya perlu memuat naik teks (status update), gambar ataupun video aktiviti kebajikan mereka atau orang lain ke media sosial dengan menggunakan #BSN40Kebaikan. Bagi setiap hashtag yang dimuat naik, BSN telah mendermakan RM 1 kepada tiga (3) organisasi yang dipilih oleh BSN iaitu Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Kempas, Johor, wad Pediatrik di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
“Kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dan sokongan daripada rakyat Malaysia terhadap kempen ini. Setelah sebulan kempen ini dilaksanakan, kami telah mengumpulkan dana RM40,000.00 hasil daripada jumlah hashtag yang kami terima. Jumlah ini akan kami salurkan kepada ketiga-tiga organisasi yang telah kami pilih bagi membantu mereka menampung kos yang berkaitan” kata En Siew Kin Meng, Timbalan Eksekutif Sokongan Korporat BSN di Majlis Penyerahan Cek Sumbangan #BSN40Kebaikan yang berlangsung di wad Pediatrik Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM) pada 8 Julai. Majlis Penyerahan Cek Sumbangan ini turut dijalankan secara serentak di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Johor dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian yang disampaikan oleh Ketua Perniagaan Negeri BSN Kelantan dan Johor.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang telah dilaksanakan untuk kempen ini adalah menyampaikan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua, mengunjungi dan menyampaikan duit raya kepada pesakit kanak-kanak yang berada di wad pediatrik di beberapa hospital, membantu membersihkan masjid, memberikan tiket bas dan keretapi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang ingin pulang ke kampung halaman, membelanja kad isian semula mereka dan banyak lagi.
Kempen #BSN40Kebaikan telah berakhir pada 5 Julai 2015. BSN berharap agar semangat untuk melakukan kebaikan akan terus dilakukan oleh semua tidak kira di mana jua kita berada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #BSN40Kebaikan, sila layari www.bsn40kebaikan.com.my dan bersama kita semarakkan semangat, sebarkan kebaikan.

KUALA LUMPUR, 9 Julai 2015 – Kempen #BSN40Kebaikan - Semarakkan Semangat, Sebarkan Kebaikan‟ telah menerima sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang turut sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di samping menyemarakkan semangat ukhwah dan silaturahim sesama masyarakat.

Dianjurkan bersempena ulang tahun Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ke 40 tahun, kempen #BSN40Kebaikan ini telah dilaksanakan di seluruh negara bermula 12 Jun yang lalu bertujuan untuk menyebarkan kebaikan dan keceriaan terutamanya menjelang bulan Ramadan yang mulia. Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam kempen ini hanya perlu memuat naik teks (status update), gambar ataupun video aktiviti kebajikan mereka atau orang lain ke media sosial dengan menggunakan #BSN40Kebaikan. Bagi setiap hashtag yang dimuat naik, BSN telah mendermakan RM 1 kepada tiga (3) organisasi yang dipilih oleh BSN iaitu Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Kempas, Johor, wad Pediatrik di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

“Kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dan sokongan daripada rakyat Malaysia terhadap kempen ini. Setelah sebulan kempen ini dilaksanakan, kami telah mengumpulkan dana RM40,000.00 hasil daripada jumlah hashtag yang kami terima. Jumlah ini akan kami salurkan kepada ketiga-tiga organisasi yang telah kami pilih bagi membantu mereka menampung kos yang berkaitan” kata En Siew Kin Meng, Timbalan Eksekutif Sokongan Korporat BSN di Majlis Penyerahan Cek Sumbangan #BSN40Kebaikan yang berlangsung di wad Pediatrik Hospital Universiti Kebangsaan

Malaysia (HUKM) pada 8 Julai. Majlis Penyerahan Cek Sumbangan ini turut dijalankan secara serentak di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Johor dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian yang disampaikan oleh Ketua Perniagaan Negeri BSN Kelantan dan Johor.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang telah dilaksanakan untuk kempen ini adalah menyampaikan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua, mengunjungi dan menyampaikan duit raya kepada pesakit kanak-kanak yang berada di wad pediatrik di beberapa hospital, membantu membersihkan masjid, memberikan tiket bas dan keretapi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang ingin pulang ke kampung halaman, membelanja kad isian semula mereka dan banyak lagi.

Kempen #BSN40Kebaikan telah berakhir pada 5 Julai 2015. BSN berharap agar semangat untuk melakukan kebaikan akan terus dilakukan oleh semua tidak kira di mana jua kita berada.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #BSN40Kebaikan, sila layari www.bsn40kebaikan.com.my dan bersama kita semarakkan semangat, sebarkan kebaikan.

 

- TAMAT -


Press Release