Thursday, 14 November 2019,   16 Rabiulawal 1441H

 

KEMPEN EKSKLUSIF ‘IMPIAN TUNAI 8 KINI KEMBALI’

BSN Tawar Promosi Menarik Kepada Para Guru

 

 

Kuala Lumpur, 1 Jun 2015 – BSN telah sekali lagi melancarkan kempen
eksklusif untuk ahli-ahli kad kredit/-i 1 TeachersCard iaitu “IMPIAN TUNAI 8
KINI KEMBALI”. Kempen ini diadakan bersempena dengan sambutan
Festival Hari Guru 2015 yang telah berlangsung di Alor Setar, Kedah pada
bulan Mei yang lalu bertujuan untuk menghargai sumbangan dan
pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para guru kepada masyarakat
dengan memberi ganjaran eksklusif kepada mereka melalui kad ini.
Ini merupakan kali ketiga (3) kempen ini dilancarkan oleh BSN secara
eksklusif untuk pemegang kad kredit/-i 1 TeachersCard MasterCard sejak ia
mula diperkenalkan pada 2013. Kempen ini akan berlangsung bermula dari
14 Mei hingga 14 September 2015 dan bertemakan angka lapan(8) selaras
dengan kadar istimewa 8.88% yang ditawarkan kepada pemegang Kad
Kredit/-i TeachersCard. Hadiah utama yang ditawarkan adalah berupa
pulangan tunai RM 88,888 untuk seorang pemenang; RM 8,888 untuk
dua (2) orang pemenang setiap bulan dan RM 888 untuk dua (2) orang
pemenang setiap minggu. Nilai hadiah yang ditawarkan menerusi
kempen ini berjumlah hampir RM 200,000.
Menerusi kempen ini juga, pemegang kad hanya perlu berbelanja minimum
RM 88 dengan Kad Kredit/-i 1 TeachersCard untuk layak menyertai kempen
dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah pulangan tunai yang
disediakan, tertakluk kepada terma dan syarat kempen. Tiada pendaftaran
SMS diperlukan dan semua penyertaan akan dikumpul secara automatik.
Bank Simpanan Nasional | 2
Selain itu, Kad Kredit 1TeachersCard MasterCard turut menawarkan
pelbagai ciri dan faedah istimewa khusus kepada komuniti guru yang
mementingkan penjimatan, ganjaran, gaya hidup dan saluran
pembayaran yang mudah. Selain daripada kadar istimewa 8.88% setahun,
lain-lain ganjaran dan keistimewaan yang ditawarkan ialah tiada yuran
tahunan seumur hidup, Kad BSN Zing PLUSMiles percuma, Pelan Pindahan
Baki 0%, perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM500,000
serta program keistimewaan merchant.
Pemegang kad juga akan menikmati ganjaran melalui program BSN
Reward Points bagi setiap ringgit yang dibelanjakan di mana para
pemegang Kad Kredit 1TeachersCard boleh menebus mata ganjaran yang
dikumpul untuk Enrich Miles, cenderahati, baucar membeli-belah serta
baucar makanan pada bila-bila masa.
Kad Kredit/-i 1 TeachersCard ini ditawarkan secara eksklusif kepada
komuniti guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
caj kewangan paling rendah iaitu sebanyak 8.88% setahun. Selain daripada
komuniti guru dan warga KPM, kad kredit/-i 1 TeachersCard juga boleh
dipohon oleh para pensyarah daripada IPTA & IPTS terpilih serta guru
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
“Dengan kadar yang rendah dan istimewa ini, komuniti guru dapat
menggunakan kad kredit secara berhemah sambil menikmati penjimatan
ke atas bayaran kadar faedah berbanding kad kredit yang lain. Tiada
yuran tahunan dikenakan bagi pemegang kad kredit/-i 1 TeachersCard,”
kata En Mohd Sofian Amirudin, Naib Presiden/ Ketua Bahagian Perniagaan
Kad.
Kad Kredit/i 1 TeachersCard adalah satu-satunya produk di Malaysia
dengan kerjasama strategik bersama Yayasan Guru Malaysia Berhad
(YGMB). Langkah ini adalah sejajar dengan peranan BSN yang komited
untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menyediakan produkproduk
yang inovatif dan dinamik kepada segenap lapisan masyarakat.
Kad Kredit/-i 1 TeachersCard boleh dipohon menerusi mana-mana
cawangan BSN berdekatan.
Bank Simpanan Nasional | 3
Pelanggan boleh merujuk Terma & Syarat kempen ‘Impian Tunai Kini
Kembali’ di laman web BSN di www.mybsn.com.my atau menghubungi
Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900.

Kuala Lumpur, 1 Jun 2015 – BSN telah sekali lagi melancarkan kempen eksklusif untuk ahli-ahli kad kredit/-i 1 TeachersCard iaitu “IMPIAN TUNAI 8 KINI KEMBALI”. Kempen ini diadakan bersempena dengan sambutan Festival Hari Guru 2015 yang telah berlangsung di Alor Setar, Kedah pada bulan Mei yang lalu bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para guru kepada masyarakat dengan memberi ganjaran eksklusif kepada mereka melalui kad ini.

Ini merupakan kali ketiga (3) kempen ini dilancarkan oleh BSN secara eksklusif untuk pemegang kad kredit/-i 1 TeachersCard MasterCard sejak ia mula diperkenalkan pada 2013. Kempen ini akan berlangsung bermula dari 14 Mei hingga 14 September 2015 dan bertemakan angka lapan(8) selaras dengan kadar istimewa 8.88% yang ditawarkan kepada pemegang Kad Kredit/-i TeachersCard. Hadiah utama yang ditawarkan adalah berupa pulangan tunai RM 88,888 untuk seorang pemenang; RM 8,888 untuk dua (2) orang pemenang setiap bulan dan RM 888 untuk dua (2) orang pemenang setiap minggu. Nilai hadiah yang ditawarkan menerusi kempen ini berjumlah hampir RM 200,000.

Menerusi kempen ini juga, pemegang kad hanya perlu berbelanja minimum RM 88 dengan Kad Kredit/-i 1 TeachersCard untuk layak menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah pulangan tunai yang disediakan, tertakluk kepada terma dan syarat kempen. Tiada pendaftaran SMS diperlukan dan semua penyertaan akan dikumpul secara automatik.

Selain itu, Kad Kredit 1TeachersCard MasterCard turut menawarkan pelbagai ciri dan faedah istimewa khusus kepada komuniti guru yang mementingkan penjimatan, ganjaran, gaya hidup dan saluran pembayaran yang mudah. Selain daripada kadar istimewa 8.88% setahun, lain-lain ganjaran dan keistimewaan yang ditawarkan ialah tiada yuran tahunan seumur hidup, Kad BSN Zing PLUSMiles percuma, Pelan Pindahan Baki 0%, perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM500,000 serta program keistimewaan merchant.

Pemegang kad juga akan menikmati ganjaran melalui program BSN Reward Points bagi setiap ringgit yang dibelanjakan di mana para pemegang Kad Kredit 1TeachersCard boleh menebus mata ganjaran yang dikumpul untuk Enrich Miles, cenderahati, baucar membeli-belah serta baucar makanan pada bila-bila masa.

Kad Kredit/-i 1 TeachersCard ini ditawarkan secara eksklusif kepada komuniti guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan caj kewangan paling rendah iaitu sebanyak 8.88% setahun. Selain daripada komuniti guru dan warga KPM, kad kredit/-i 1 TeachersCard juga boleh dipohon oleh para pensyarah daripada IPTA & IPTS terpilih serta guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Dengan kadar yang rendah dan istimewa ini, komuniti guru dapat menggunakan kad kredit secara berhemah sambil menikmati penjimatan ke atas bayaran kadar faedah berbanding kad kredit yang lain. Tiada yuran tahunan dikenakan bagi pemegang kad kredit/-i 1 TeachersCard,” kata En Mohd Sofian Amirudin, Naib Presiden/ Ketua Bahagian Perniagaan Kad.

Kad Kredit/i 1 TeachersCard adalah satu-satunya produk di Malaysia dengan kerjasama strategik bersama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). Langkah ini adalah sejajar dengan peranan BSN yang komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menyediakan produk-produk yang inovatif dan dinamik kepada segenap lapisan masyarakat. Kad Kredit/-i 1 TeachersCard boleh dipohon menerusi mana-mana cawangan BSN berdekatan.

Pelanggan boleh merujuk Terma & Syarat kempen ‘Impian Tunai Kini Kembali’ di laman web BSN di www.mybsn.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900.

- TAMAT -


Press Release