Thursday, 14 November 2019,   16 Rabiulawal 1441H

 

Festival Hari Guru 2016

BSN Meraikan Jasa Guru Pembina Negara Bangsa


Kota Kinabalu, 13 Mei 2016 – Sempena sambutan Hari Guru Kebangsaan kali ke-45, BSN sekali lagi menjadi penaja rasmi dengan kerjasama Unit Pendidikan Kumpulan Utusan bagi penganjuran Festival Hari Guru 2016.

Bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah (UMS), festival ini berlangsung selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei 2016 dari jam 8 pagi hingga 9 malam.

Naib Presiden Kanan/Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puan Puspa Marina Omar berkata, BSN sentiasa komited terhadap aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan terutamanya yang menyumbang kepada pembelajaran berterusan. Secara langsung ini termasuklah aktiviti seperti Sambutan Hari Guru yang dikhaskan bagi meraikan dan menghargai jasa para guru yang memainkan peranan amat penting dalam mendidik dan membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan luas dan celik ilmu.

“Tahun ini merupakan penglibatan tajaan BSN buat kali keempat berturut-turut yang mana sebelum ini kami telah menaja beberapa siri jelajah Festival Hari Guru antaranya di Kedah (2015), Kuala Lumpur (2014) dan Negeri Sembilan (2013). Ini juga merupakan antara platform yang strategik untuk BSN agar dapat terus bersama dan mendampingi masyarakat setempat serta warga guru dalam menyampaikan perkhidmatan perbankan ke arah kehidupan yang lebih baik”.

Ujar Puan Marina, BSN turut menaja anugerah penghargaan kepada tokoh-tokoh guru berjumlah lebih RM70,000 dalam bentuk BSN Sijil Simpanan Premium (BSNSSP) sempena Sambutan Hari Guru 2016 bagi peringkat Kebangsaan dan Negeri. Antaranya, anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Anugerah Tokoh Guru Inovatif.

Dalam pada itu, pengunjung festival pada kali ini berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik berkaitan produk-produk BSN. Antaranya, kad kredit BSN 1 Teachers Card yang menjadi tumpuan sepanjang festival kali ini kerana ia menjanjikan penjimatan hebat dengan caj kewangan/yuran pengurusan terendah di pasaran pada kadar 8.8% setahun. BSN 1 Teachers Card juga merupakan keistimewaan eksklusif yang dikhaskan kepada para guru melalui usahasama strategik BSN dan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Selain itu, kempen Find Your Happy - #SwipeHappy yang sedang berlangsung sehingga 30 September turut memberi peluang berganda kepada pemegang kad kredit untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Range Rover Evoque serta lebih 350 hadiah lain.

Pada masa sama, pembiayaan peribadi BSN MyRinggit/i sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan menarik sebanyak 4.5% setahun juga ditawarkan kepada kakitangan kerajaan serta kadar 5.5% setahun kepada kakitangan swasta tanpa penjamin diperlukan.

Kemudahan perbankan turut disediakan di ruang pameran Booth BSN antaranya pembukaan akaun BSN, kemudahan ATM, simpanan SSP serta aktiviti booth.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai produk BSN, sila layari www.mybsn.com.my

- END -


Press Release