Friday, 22 November 2019,   24 Rabiulawal 1441H

 

BSN komited perkasa inisiatif tanggungjawab korporat

Serah RM200,000 bantuan keperluan harian kepada 1,000 keluarga mangsa di negeri terjejas banjir


Segamat, 14 Februari 2017 -  Ekoran musibah banjir yang melanda kawasan pantai timur serta beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN) mengambil inisiatif memulakan siri jelajah untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat. 

Negeri jor merupakan negeri kedua yang dikunjungi hari ini selepas Negeri Kelantan melibatkan tiga buah kampung di daerah Segamat. Serahan bantuan disampaikan oleh Exco Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Johor, YB Datuk Ayub Hj Rahmat di Balai Raya Kampung Paya Pulai, Segamat, Johor Hadir sama, Pengarah Perniagaan BSN Negeri Johor, En Mohd Azian Abu Samah dan Ketua Operasi BSN Negeri Johor, En Hamzah Ibrahim. 

En Mohd Azian berkata, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab BSN kepada masyarakat bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat memulakan kembali kehidupan seperti biasa selepas ditimpa musibah. 

”BSN sentiasa memainkan peranannya dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam di seluruh negara. Hal ini kerana ia merupakan salah satu cara terbaik untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menghulurkan bantuan sewaktu mereka memerlukannya disamping peranan BSN dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan kepada segenap lapisan masyarakat selama ini”. 

Ujarnya, sebanyak 380 pek bantuan berupa barangan keperluan harian dengan nilai keseluruhan sebanyak RM 76,000 telah diserahkan kepada 380 buah keluarga di ketiga-tiga kampung di Segamat Johor. 

Sebelum ini, sejumlah 400 pek bantuan dengan nilai sebanyak RM 80,000 telah diagihkan di jajahan Pasir Mas, Pasir Putih dan Rantau Panjang di Kelantan. Baki 220 pek bantuan selebihnya akan diagihkan kepada penerima di negeri lain dalam tempoh terdekat. 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari www.mybsn.com.my.

 

- END -


Press Release