Thursday, 14 November 2019,   16 Rabiulawal 1441H

 

BSN SERAH 13 VAN JENAZAH

Agihan RM1,500,000 melalui zakat SPI BSN


Kuala Lumpur,  4 Mei 2017 – Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menyampaikan sumbangan zakat perniagaan Skim Perbankan Islam (SPI) kepada 13 buah masjid terpilih di seluruh negara. 

Majlis serahan diadakan di Wisma BSN, Jalan Ampang dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif, Strategi & Korporat BSN, Encik Kameel Abdul Halim. Hadir sama adalah Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Tuan Haji Hashim Bin Haji Salleh serta Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim. 

Bercakap pada majlis serahan itu, Kameel memaklumkan BSN menyokong sepenuhnya kerjasama sektor perbankan dalam menjayakan agenda pembangunan sosial masyarakat Islam. Malah, ia merupakan tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan melalui wang zakat SPI BSN. 

“BSN komited untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada segenap lapisan masyarakat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat bank ini. Oleh itu, menerusi janji jenama BSN dalam ‘Menggapai Kehidupan yang Lebih Baik’, BSN akan sentiasa mencari pelbagai platform dalam mengembangkan inisiatif bagi membantu golongan yang memerlukan. Ianya juga seiring dengan tuntutan syariah dalam melaksanakan penyerahan zakat kepada golongan yang telah ditentukan” kata En. Kameel. 

Ujarnya, keseluruhan peruntukan zakat perniagaan SPI BSN bagi tahun kewangan 2015 adalah berjumlah RM 3 juta. Masjid dan institusi yang menerima sumbangan 13 buah van jenazah ini dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keperluan masing-masing. Keseluruhan nilai zakat yang diserahkan melalui pemberian 13 buah van jenazah adalah RM1.5 juta. 

Dalam majlis yang sama, BSN turut menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000.00 kepada Pusat Maahad Tahfiz Al-Kholidi, Ulu Yam bagi kegunaan keperluan harian pusat terbabit. Pusat terbabit turut mempersembahkan marhaban dan berzanji di majlis pada hari ini. 

Sejak tahun 2010, sebanyak 108 buah van jenazah telah disumbangkan melalui peruntukan zakat perniagaan SPI BSN. Berikut adalah senarai 13 buah masjid yang menerima van jenazah pada tahun ini ;

 

Bil.

Negeri

Nama & Alamat Institusi

1

N. Sembilan

Masjid Qariah Pekan Mantin
71700 Mantin, Negeri Sembilan

2

K. Lumpur

Surau Ihsaniah
Blok 4, Kondo Rakyat Desa Pantai, 59200 Kuala Lumpur

3

Pahang

Masjid Kg. Bukit Dinding
27000 Jerantut, Pahang

4

Kedah

Masjid Tunku Puan Habsah
Padang Temusu, 08000 Sungai Petani, Kedah

5

Johor

Masjid Al-Falah
Felda Bukit Ramun, 81040 Kulai, Johor

6

Kelantan

Masjid Mukim Gong Chengal
Kampung Gong Pasir, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

7

Melaka

Masjid Ubudiyah Ayer Keroh
Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh, 75450 Melaka

8

Selangor

Masjid Ar Rahman Pendamaran Jaya
Pendamaran Jaya, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

9

Terengganu

Masjid Kampung Kubang Ikan
Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu

10

Sabah

Masjid Nurul Ihsan
Kg. Ketiau Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

11

P. Pinang

Masjid Jamek Hashim Yahaya
Jalan Perak, 10150 Pulau Pinang

12

Sarawak

Masjid Darul Husna Sibu Jaya
Sibu Jaya, 96000 Sibu, Sarawak

13

Perak

Masjid Tengku Menteri Qariah Matang
JKR 34 Jalan Menteri, 34750 Matang, Perak

 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai produk BSN, layari www.mybsn.com.my.

 

- END -


Press Release